JANGAN LETIH MENCINTAIKU by Cik Bawang
Synopsis
Seseorang yang ditakdirkan untukmu akan tetap selalu kembali padamu walaupun setelah menjauh. "Nak kahwin dengan aku tak?" - Khalish "Awak paksa saya kahwin tahu tak!"- Husna "Kau single, aku single. Apa masalahnya nak kahwin?"-Khalish "Masalahnya tiba-tiba. Tahu tak tiba-tiba?"-Husna "Dah jodoh. Tak ada tiba-tibanya."-Khalish Khalish terpaksa meminta pertolongan Husna untuk menggantikan pengantin perempuan yang menghilang. Husna yang memang menaruh hati dalam diam pada Khalish seakan diberi durian runtuh. Dia yang sebatang kara tiba-tiba dihulur dahan untuk berpaut. "I promise you, nothing bad is going to happen if we get married. I will take care of you through whatever and whenever. Trust me. Kita tak kahwin olok-olok."-Khalish "Jangan sia-siakan saya!"-Husna "Aku janji."- Khalish Janji-janji Khalish manis didengari sehingga Husna berani menyulam impian bersama lelaki yang dicintai. Tetapi tanpa Husna sedar, dahan yang dihulur diiringi badai yang bakal memusnahkan sekeping hati. "Ada dua K yang sangat penting dalam hubungan. Kesetiaan dan kepercayaan."- Khalish "Saya cuba, tapi keadaan memaksa."- Husna Apa gunanya cinta kalau terus menderita? Mampukah mereka bertahan atau berputus asa setelah letih untuk terus mencintai?
Reviews
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.