[ No Description ]



 



RM 15.00

Black dan Hakim, dua playboy yang tiba-tiba dicuri hatinya membuatkan mereka menjadi lelaki setia. Berlainan garis masa. Berlainan generasi. Tetapi punya satu impian, mahu memiliki gadis yang sentiasa menjadi igauan. Selama ini mereka menjadi pujaan wanita tetapi bila berdepan dengan Mayang dan Wafa, terus taring yang sudah lama diasah menjadi tumpul! Langsung tidak lut untuk menawan hati dua wanita itu. Black & Mayang “Black? Black ke ni! Ya Allah! Mana jambang awak!” “Kan awak tak suka jambang saya. Remember?” “Lepasni, please bela jambang awak balik. Saya rasa macam nak pergi dating dengan lelaki tak cukup umur.” “Mayang!” Hakim & Wafa "Fa, abang betul-betul dah jatuh cinta pada Wafa. Abang nak cop Wafa dulu." "Awak ingat saya kertas ke nak cop-cop bagai!" "Maksud abang, cop jadi bakal isteri. Wafa jangan pergi dekat orang lain. Abang nak." Wafa tergeleng kepala perlahan. Hakim punya ayat! Huh! Bikin jantung terkejut! "Abang tahu Wafa juga ada hati pada abang. Meh la kita bersama. Nanti abang hantar rombongan meminang ya?" Kalau nak disenaraikan semua yang mereka dah buat untuk menawan si pencuri hati itu pasti sudah setebal 1000 mukasurat! Namun, kisah silam mereka sentiasa menjadi batu penghalang pada bahagia di depan mata. Berjayakah si Playboy mencuri pula hati dua wanita itu?

view book