Jodoh Di Luh Mahfuz by Miss Honey

Jodoh Di Luh Mahfuz by Miss Honey from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Miss Honey
Category: Romance
ISBN: 9789671832004
Publisher: Miss Honey
File Size: 0.34 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Perigi mencari timba? Ya, itulah gelaran yang paling layak untuk insan bernama Nur Aisyah atau nama timangannya 'Aisyah'. 26 tahun dia berpijak di bumi yang nyata, selama ini jugalah dia mencari timba. Tetapi masih belum ada timba yang sesuai. Ejen pak cik bawang sentiasa sibuk masuk campur urusan jodohnya. Nak bilang dia tak laku ke apa? Bukankah jodoh itu di tangan tuhan? Bawalah bersabar sedikit, jangan tergesa-gesa. Pada suatu hari, dia bertembung dengan sang Adam di persimpangan rumah Allah tanpa dirancang. Tak mungkinlah 'cinta monyet' akan berputik kembali? Yang penting sekali adalah cinta monyet yang bertepuk sebelah tangan. "Lepas ni tolonglah hati-hati ya, cik..." - Umar "Encik? Hello... Encik okay tak?" - Aisyah "Astaghfirullahaladzim..." - Umar Perubahan ketara berlaku dengan begitu drastik terhadap diri Aisyah. Secara tiba-tiba, pada satu hari dia terdengar ceramah yang diberi tajuk 'Luh Mahfuz'. Aisyah terjatuh hati dengan perkataan itu. Luh Mahfuz? Apakah maksud sebenar di sebalik perkataan yang indah itu? "Tiada sesiapa yang tahu isi catatan di Luh Mahfuz, kecuali Allah SWT. Kisah dari permulaan zaman sehingga akhir zaman tersusun cantik di dalamnya. Begitu juga takdir kita semua di atas muka bumi ini." - Umar "Saya tertanya-tanya, siapakah jodoh saya yang tercatat di Luh Mahfuz? Saya dah tak sabar nak berjumpa dengan jodoh saya." - Aisyah Seperti yang sudah sedia maklum soal jodoh, rezeki, ajal dan segalanya adalah rahsia Allah SWT. Dan rahsia itu telah tersusun cantik di Luh Mahfuz, tidak begitu ramai yang tahu. Siapakah jodoh untuk Aisyah yang sudah tercatat di Luh Mahfuz? Mampukah juga Aisyah menghadapi segala rintangan dan dugaan yang telah tercatat di Luh Mahfuz buat dirinya?

Reviews

Author JDLM
by Miss Honey on September 03, 2020

Assalamualaikum dan t.kasih diucapkan kepada semua yg sudi membeli dan baca ebook pertama saya. Maaf seandainya terdapat sebarang kesalahan ejaan atau kekurangan. Jemput follow instagram saya @misshoney_author untuk tahu perkembangan novel² saya yg lain.

cepat sngt
by Hanisa Nasir on October 26, 2020

cerita okay cuma bagi saya terlampau cepat sngt dari satu part ke part seterusnya.. ini pendapat sayalah apapun teruskan berkarya miss honey! :)

Youre the best!!!
by Liyana on November 10, 2020

Alhamdulillah dh hbis bcaa... Sy suka novel Honey!! Bertemakan islamik????????byk ilmu boleh dpat.. Bila baca terasa diri ni ade kt situ... Lgi ii Wktu diorang tunaikan umrah... ????????????Part sedih pulk mnngis ii kite ats katil... ????????Crita mudah difahami, ayat pun cunn tkde belok kiri kanan???????? Loveee this novel!! Waiting for your next novel!! ??????????????

jodoh di lud mahfuz
by Rohana binti Taufik on December 13, 2020

best

good
by NUR ZAFIRAH BINTI ZAINAL ABIDIN on August 27, 2022

best sbb islamic story

Write your review

Recommended