PENGURUSAN KEMPEN PILIHAN RAYA by Adzman Hedra
(price excluding 0% GST)
Author:
Adzman Hedra
Category:
General Academics
, Business & Management
, Politics
ISBN:
9789671733820
Publisher:
SHAIKH MOHD AZMAN
File Size:
1.90 MB
(price excluding 0% GST)
Synopsis
Sinopsis
Mengundi dan kempen pilihan raya adalah sangat berbeza di seluruh dunia namun ada beberapa faktor kelihatan serupa tanpa mengambil kira di mana pun pilihan raya itu diadakan. Memang setiap jenis kempen sangat unik dan tersendiri tetapi ada prinsip asas yang boleh diguna pakai dalam semua jenis kempen pemilihan. Mustahil untuk meramalkan apa yang akan berlaku ketika musim kempen meskipun mempunyai banyak pengalaman menguruskan pilihan raya. Untuk menjayakan sebuah kempen, segala sumber yang diperlukan harus dicari dan wajar digunakan dengan bijak.
Memang tidak dinafikan, landskap realpolitik merupakan faktor paling penting dalam pilihan raya. Namun apa yang lebih utama adalah faktor perbezaan jumlah undi yang akan menentukan sama ada menang atau kalah. Calon tidak akan mampu bertanding dalam pilihan raya jika masuk secara solo. Masa yang ada pada waktu ini haruslah diisi dengan perancangan teliti melalui latihan sebagai persediaan. Calon memerlukan sebuah pasukan yang menguruskan semua aktiviti kempen dalam usaha meyakinkan pengundi.
Buku ini boleh dijadikan bimbingan menambah kefahaman terhadap amalan kempen dan proses pilihan raya. Bahagian pengurusan yang disentuh di dalam buku ini; prinsip asas pilihan raya, pengurusan strategi, pengurusan kempen, pengurusan data, pengurusan logistik, pengurusan jentera, panduan bakal calon dan pengurusan hari mengundi. Panduan yang dikemukakan dalam buku ini boleh dijadikan asas untuk memulakan langkah pertama membentuk sebuah pasukan kempen yang berjaya.
Sebuah kempen politik yang berjaya biasanya terdiri daripada pasukan yang dinamik dan ditubuhkan jauh lebih awal sebelum tiba musim pilihan raya. Mereka mengambil masa yang cukup panjang membuat pelan strategik kempen dengan teliti. Mereka berjaya mencipta mesej ringkas yang dapat diyakini pengundi dan akhirnya berjaya melakukan tindakan susulan dengan menghubungi pengundi secara bersemuka bagi mendapatkan sokongan.
Maklumat dalam buku ini mungkin tidak dapat memberi jawapan atas segala persoalan yang dihadapi terutama semasa kempen sebenar kelak. Penulisan ini juga tidak dapat memberitahu apakah mesej yang harus disampaikan kepada pengundi sasaran dan tidak dapat memberitahu siapakah antara pemilih yang akan mengundi calon. Malah tidak juga dapat memberitahu apakah kaedah paling berkesan untuk menghubungi pengundi.
Sungguhpun begitu apa yang penulisan dalam buku ini dapat bantu adalah mengemukakan persoalan yang akan mencetuskan idea dalam benak fikiran sebelum segala idea itu dipindahkan ke atas kertas dengan kaedah yang tersusun rapi dan serba lengkap dalam sebuah pelan strategik kempen.
Tiada jalan pintas atau tipu muslihat dalam usaha memenangi keyakinan pengundi. Sama ada pasukan kempen dan calon bersedia melakukan lonjakan melalui GOTV ataupun tidak pada hari terakhir kempen tertakluk pada satu peraturan yang sama iaitu tiada peluang kedua.
Reviews
Be the first to review this e-book.
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.