Bumi Datar by Adzman Hedra
(price excluding 0% GST)
Title:
Bumi Datar
Author:
Adzman Hedra
Category:
General Academics
ISBN:
9789671733806
Publisher:
SHAIKH MOHD AZMAN
File Size:
7.44 MB
(price excluding 0% GST)
Synopsis
Buku ini adalah himpunan hasil kajian mereka yang merasakan wujud pembohongan dalam ilmu sains moden. Bermula dengan membongkar pembohongan NASA sebelum menyingkap kebenaran. Masyarakat dunia harus sedar ada kebohongan terlebih dahulu sebelum boleh berusaha mencari kebenaran dengan membuat kajian soal bentuk bumi. Bentuk bumi sfera telah diajarkan di semua sekolah sejak abad ke-16 meskipun pada waktu itu belum ada manusia pernah melihat bentuk bumi yang sebenar. Banyak salah faham mengenai kebangkitan tahap kesedaran masyarakat dunia terhadap bentuk bumi datar.
Dari sinilah latar belakang bangkit kesedaran tentang bentuk bumi datar. Ramai yang musykil; bukankah ada banyak foto bumi dalam carian imej Google? Masakan bohong semuanya? Ada tiga hujah utama bagi menyangkal dogma sains moden bentuk bumi sfera. Pertama; perhitungan matematik antara jarak bulan dan matahari dengan bumi yang hasilnya gagal meramal kejadian gerhana. Kedua; perhitungan matematik dengan menggunakan teori graviti dan jalur penerbangan. Ketiga; kawasan Antartika. Oleh yang demikian fokus pada tiga hal tadi mengakibatkan pembohongan mereka terbongkar maka itu akan meruntuhkan seluruh sistem seperti teori domino.
Sasaran bantahan dalam buku ini adalah berkenaan dengan sistem; semuanya saling berkaitan dari konspirasi kewangan, politik, perisikan tentera, perubatan, pendidikan, sains teknologi dan media massa. Bukan menjadi satu kewajipan buku ini untuk meyakinkan semua orang apatah lagi memberikan maklum balas kepada yang tidak percaya selama ini mereka telah dibohongi. Buku ini tidak mengharap semua manusia percaya kerana sasarannya bukanlah untuk meyakinkan majoriti 90% daripada masyarakat dunia dengan teori bentuk bumi datar.
Rakyat boleh menggugat sistem yang zalim kerana suara rakyat adalah suara keramat. People Power adalah pemberdayaan masyarakat dan apa yang mereka lakukan adalah membuatkan masyarakat tidak berdaya sehingga terpaksa bergantung pada mereka. Buku ini bukan diterbitkan bagi mendapat persetujuan semua orang. Sama ada setuju atau tidak setuju; ia adalah bebas. Tiada paksaan kepada sesiapa yang tidak percaya. Pilihan ada pada diri sendiri; mana yang lebih masuk akal. Apa yang masyarakat dunia harus bangkit dan lawan adalah sistem yang zalim.
Reviews
Be the first to review this e-book.
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.