“Kalau dah susah sangat, hantar aje rumah orang tua! Lagipun bila adik kahwin nanti suami adik tu mestilah orang kaya jangan haraplah adik nak kahwin dengan orang miskin. Orang kaya nak ke terima mak mentua macam tu? Abang Is, doa ajelah setiap hari biar tuhan panjangkan umur Abang Is. Kalau boleh biar mak yang mati dulu dari Abang Is. Jalankan tanggungjawab dulu jangan senang aje nak lepaskan beban kat orang lain!”.
Ya Allah! Terkedu Iskandar mendengarnya. Kenapa perangai adiknya sampai sebegitu rupa? Biadap! Kurang ajar! Berlagak! Sombong! Itulah Intan Raihana. Buang emak, buang saudara kerana duit dia sanggup lakukan apa saja. Perancangan diatur. Daniel Hakim harus menjadi miliknya!
“Hei! Kalaulah niat awak nak tackle saya, sebab berangan nak jadi bini orang kaya. Mulai hari ni! Detik ni! Awak campak terus niat awak tu! Sebab saya akan pastikan, sampai saya mati pun awak tak akan jadi isteri saya!” Itu kata Daniel pada Intan. Namun perancangan tuhan tiada siapa boleh menghalangnya.
“Saya akan bertanggungjawab Is. Saya akan bernikah dengan Intan. Itu janji saya.” Tegas jawapan Daniel. Namun jelas kelukaan pada setiap patah katanya. Dendam Daniel berlingkar di hati. Janjinya! Intan Raihana akan memamah segala perbuatannya nanti!
“Kau ingat aku nak percaya lagi cerita bohong kau tu! Aku tau kau dah terdesak nak ikat aku! Kau goda aku! Kau buat aku jatuh cinta dengan kau dan akhirnya aku tersungkur di kaki kau! Aku akui memang aku dah cintakan kau! Tapi dengan apa yang kau dah buat dekat aku! Mulai saat ini, cinta aku dah mati buat kau! Aku tak akan terima anak tu! Sebab perempuan macam kau bukan saja tak layak jadi bini aku! Tapi kau juga tak layak nak jadi ibu pada anak aku! Aku tak nak anak aku lahir dari rahim perempuan macam kau! Hambur Daniel sepuas hatinya.
Ya Allah! Luluh hati Intan mendengarnya. Kejamnya lelaki ini? Tanpa dapat dikawal air mata menitis tanpa henti.
“Adik tahu memang manusia tu tak sempurna mak. Sebab adik pun pernah buat kesilapan yang cukup besar dalam hidup adik. Adik kecewakan mak, adik kecewakan abang Is. Tapi akhirnya adik berubah mak. Dia janji nak mulakan hidup baru dengan adik. Tapi mana janji dia mak? Dia campak adik macam kucing kurap! Adik benci dia mak! Adik benci dia! Dia tak layak jadi suami adik! Lelaki ini dah mati dalam hidup adik!
Kini Daniel Hakim memamah perbuatannya pula. Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata inilah padahnya! Curi-curi cinta hanya itu yang mampu dilakukannya. Hati Intan telah mati buatnya! Berdoalah moga cinta Intan Raihana akan menjadi miliknya jua..
Reviews
Curi curi cinta
by farishaizzatiamri on May 31, 2019
Hebat gile cite dia
Kena beli dulu ker
by Fareez on May 31, 2019
Mcm mn nk baca tnpa beli yer..
Pinjam
by Nur Aqilah Hazwani Binti Mohd Khairi on June 03, 2019
Macam mana nak pinjam buku?
Pinjam
by Farah syahira bt marzuki on June 03, 2019
Macam mana nak pinjam buku?? tak nk beli
pinjam
by rodhiah binti jamiri on June 07, 2019
kne beli gak,xleh pnjm
Overall
by Asmaniah Mohd Ramni on June 08, 2019
Superb
Overall
by NURUL AFIKAH MOHD ZIN on June 14, 2019
Nice
perfect
by revina nurhayati on June 26, 2020
semua perfect, mengandung pesan religi, romansa, dll. yang bisa dikutip di novel ni.
Curi curi cinta
by Norpaiizah Atan on September 02, 2020
Sangat menyukai dan meminat novel ini kerana mempunyai mesej kepada anak2 di luar sana.
Love21
by Wan Nor Mazliyana Binti Wan Mansor on April 19, 2021
One of the best novel!
curi curi cinta
by Norimah binti ali on April 20, 2021
novel yang best..wajib baca
curi curi cinta
by FAIZATUL WAHIDAH on October 28, 2024
best
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.