Jangan Menangis Cinta by Siti Rosmizah

Jangan Menangis Cinta by Siti Rosmizah from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Siti Rosmizah
Category: General Novel , Romance
ISBN: 978-967-5822-53-7
File Size: 1.68 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

“Kesian anak papa. Sampai nak tidur atas tilam pun papa tak bagi. Papa jijik dengan Cinta. Papa nampak Cinta tidur atas sofa. Masa tu mama dalam bilik air. Cinta bergerak-gerak. Papa tahu Cinta akan jatuh. Tapi, papa tak halang, papa biarkan aje. Anak papa jatuh. Dahi Cinta lebam. Sikit pun papa tak kesian. Papa boleh keluar dari bilik dengan rasa tak bersalah. Menangis-nangis Cinta sakit.” Zafran meraung. “Cinta papa nak jumpa Cinta. Papa nak minta maaf dengan Cinta. Ya Allah! Aku nak jumpa anak aku! Temukan aku dan anak aku! Tolonglah ya Allah! Aku terlalu rindukan Cinta” Tangisnya bersama air mata berhamburan.

Reviews

Sedihnya lahai!
by semanrazak on March 08, 2019

Sedihnya cerita ini! Aku rasa bengang dengan Papa! Kenapa dia nak buat macamtu kat Cinta! Patutnya anak dia sendiri...jagalah! Ini tak! Patutnya kalau dia tak boleh jaga pergilah bagi anak tu dekat orang lain!

Cinta....... T_T
by husneyney on March 22, 2019

Garapan cerita yang baik. Watak 'Cinta' menjadikan naskah ini lebih menarik, unik dan tak cliche - bapa mana yang sanggup buang anak sendiri kan?. Masa baca memang terbawa-bawa segala emosi sedih, marah dll. Part Cinta memang mengalir air mata!

Jangan Menangis Cinta
by Fariha Mustapha on April 28, 2019

Novel ni sangat istimewa sbb ceritanya berkisahkan anak syurga yg sgt istimewa.. ibubapa yg dberikan anak istimewa sangat beruntung sebab terpilih menjadi ibubapa kepada anak syurga tersebut. Ingat,anak adalah anugerah dan ibubapa terpilih adalah ibubapa yg menjadi pilihan Allah...setiap apa yg Allah tetapkan ada hikmah dsebaliknya..bukan saje utk ibubapa tetapi keluarga dan juga org sekeliling

Jangan Menangis Cinta
by Nurain Akbar on March 29, 2022

Terbaik

Ok
by ilya izura on March 29, 2022

Ok

hmmm best snht
by NOR ASYIQIN HANNANI BT ARMANI on March 31, 2022

best giler sedih !!

Jangan Menangis Cinta
by Mazlina Bt Mat Isa on April 01, 2022

Sinopsis Riyana seorang gadis dari keluarga sederhana. Seorang pelajar yang bijak dan sedang menuntut di universiti tempatan. Pertemuan tanpa diduga dengan Zafran Zahim telah menukar warna dan menghuru-harakan hidupnya. Akhirnya benar kata pepatah, jangan benci sangat, nanti jatuh cinta..jatuh sayang.. itulah yang terjadi di antara mereka berdua. Pertemuan tanpa sengaja dengan abangnya, Hariz makin mendekatkan Riyana dengan musuh utamanya. Takdir Allah, Jodoh itu benar rahsia Allah dan tiada siapa mampu menghalang. Pertunangan Riyana dan Hariz yg pada mulanya tanpa rela Riyana akhirnya menerbitkan rasa sayang tetapi akhirnya diputuskan dengan alasan yang sangat klise (menurut pandangan saya). Hariz dijadikan pak sanggup utk Dina berlepas diri) hingga menyebabkan pertunangan Riyana - Hariz : Zafran - Dina : putus ditengah jalan. Ya semua merana dek tindakan keputusan Nek Tuk. Riyana bertemu jodoh dengan Zafran. Perkahwinan Riyana dan Zafran, Dina dan Haris, dua2 tidak bahagia. Dina cuba menangihbkasih Zafran semula setelah Hariz x melayan dia sbg Isteri. Riyana dan Zafran yg bermula dgn sikap sabar, lemah lembut Riyana akhirnya Zafran jatuh hati dan menerima Riyana sbg isterinya. Bahagia yang sengaja dicipta Zafran berlandaskan dendam akhirnya musnah.. Riyana bukan saja makan hati dengan sikap suaminya di awal perkahwinan tetapi juga dengan mak mentua dan nenek mertua atau Nek Tuk yang begitu membencinya, malah menghambakan Riyana di rumah banglo itu. Dalam Riyana mengharungi dugaan hidupnya. Allah menyemaikan kasih di dalam hati suaminya. Zafran akhirnya jatuh cinta dengan isterinya. Namun, bahagia seketika cuma. Dugaan datang melanda. Cinta Aryana pengikat kasih mereka, lahir tidak sempurna. Riyana redha tetapi Zafran tidak boleh menerima. Cinta dihina! Dicemuh! Dibenci! Oleh bapa kandungnya sendiri dan diapikan2 oleh mak dan neneknya juga. Sehinggakan nak memegangnya pun terasa jijik! Luluh hati Riyana melihat nasib anaknya. Demi Cinta, Riyana sanggup berkorban apa saja demi Cinta biarpun terpaksa menahan hati dan memilih antara suami dan anak demi mencipta bahagia. Penulis berjaya mencipta babak2 kejam dgn baik sekali yang tak boleh diagak pembaca. Memang kekejaman itu digambarkan berlebihan oleh penulis namun tak mustahil, ianya wujud. Contoh yang ketara ialah kejamnya seorg ibu (Mak Yang) terhadap anak-anaknya, kejamnya seorg bapa (Zafran) tidak mengakui anak, kejamnya seorg anak (Jef) kepada ibu, kejamnya mak mertua ( keluarga mertua) terhadap menantu, kejamnya suami/isteri/madu..memang jelas wujud dlm masyarakat kita hari ni. Plot dan subplot yang berganding rapat menutup banyak lompong dalam novel ini.. Kesudahan cerita diakhiri dengan 'happy ending' ni benar2 menyedapkan hati pembaca, aspek indahnya sabar dan harga kemaafan dan keinsafan jelas digarapkan dengan baik oleh penulis.. Maka saya bagi 5 bintang. Well done.

jangan menangis cinta
by Hin on April 04, 2022

Garapan yg hebat. sedih..adaptasi drama yg kena dgn watak..x sabar nk tgk next episod.

jangan menangis cinta
by Mardhiah Ros on April 06, 2022

mcm mana nak baca ebook ni ye

Hedayah
by siti norhedayah md ramli on April 06, 2022

Sy dh beli novel ni tp knp x boleh baca sampai habis

Jangan Menangis Cinta
by Norhayati Md Rasol on April 06, 2022

Penulis cerita kisah benar yg berlaku dlm kehidupan ini..sedih sgt..best sgt novel n

Jangan Menangis Cinta
by Danial Aziz on April 14, 2022

Sedih

emosi
by Nurulhuda Muhamad on April 15, 2022

cerita ni paling emosi. dok menangis sbb terlalu menghayati!. Berakhir dgn penuh kegembiraan. tu yang best...

Jgn Menangis Cinta
by norashikin on April 16, 2022

Boleh la…

Jangan Menangis Cinta
by Syafiah Eppie on April 16, 2022

Cerita yang sangat menarik. Berjaya memainkan emosi pembaca dengan baik.

Jangan Menangis Cinta
by Nurfatihah Natasyah on April 27, 2022

Karya SR memang hebat. Cara penulisan pun menarik!! Love sangat!! Sedih sangat cerita ni. Sebab tak dapat sabar tunggu drama by episode. So kita beli online. Hahaha. Yang penting, sampai skrg nak nangis. Apa apa pun semua perasaan bercampur baur bila baca. Best sangat!!!!

Menarik
by Tuan Nurhanisah on April 27, 2022

plot, klimaks cerita sangat menarik

Jangan Menangis Cinta
by Priyashine Devandran on May 03, 2022

Sebuah cerita yang banyak pengajaran dimana penulis menitikberatkan unsur unsur kekeluagaan. Yang penting jangan memperlehkekan ciptaan tuhan

Ok
by NUR AQILAH BT ARIS on January 19, 2023

Ok

Write your review

Recommended