Jangan Cintai Aku by Eyla Hime

Jangan Cintai Aku by Eyla Hime from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Eyla Hime
Category: General Novel , Romance
ISBN: 978-967-2185-01-7
File Size: 1.89 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Mendepani dosa silamnya bukan sesuatu yang mudah untuk Durrah lakukan. Empat tahun lamanya wanita yang kini berusia 34 tahun itu mengambil masa untuk keluar dari balik tirai dan mendekati Tariq. Hasratnya ketika itu tidak lain tidak bukan cuma satu, untuk membantu Tariq mengejar cita-citanya, dan mengakui kesalahan diri serta memohon keampunan daripada pemuda berusia 22 tahun itu, sebaik dia benar-benar bersedia. Namun, lain jadinya. “Macam mana kalau Tariq cakap Tariq dah jatuh hati pada Kak Durrah?” - Tariq Tariq tiba-tiba meluahkan rasa, tatkala hubungan mereka menjadi semakin rapat. “Kalaupun Tariq berdegil untuk terus sukakan Kak Durrah, Kak Durrah tetap takkan mampu untuk membalas semula perasaan tu sampai bila-bila.” - Durrah Mana mungkin untuk Durrah membalas rasa itu tatkala dia melihat Tariq sebagai satu tanggungjawab yang perlu dia pikul atas dosa silamnya. Dan mana mungkin juga untuk dia menyambut huluran kasih yang diberikan, sedangkan usia mereka begitu jauh berbeza. Bagaimanapun, kesediaan Tariq untuk menerima apa juga celanya, menyentuh jiwa Durrah. Kesungguhan pemuda itu yang tidak putus asa mendekati, mengusik hati kecilnya. Dan Durrah… semakin hari semakin hanyut, terbuai dengan perasaan yang kian memekar dalam diri. Durrah cuba untuk menafikan. Tidak! Seorang pendosa yang penuh lumpur seperti dia tidak layak untuk mencintai. Apatah lagi dicintai. Saat luka dan emosi bersatu, mampukah Durrah mengatasinya?

Reviews

JCA
by Norita bt Hashim on May 23, 2019

jalan cerita yang best...X blh nak berenti baca...

Ok La
by anafati on March 02, 2020

Sampai ke penghujung masih menjadi tanda tanya siapa TH sebenarnya.. satu lg rasanya si Wafee tu ada hati jugak pada si Durrah..rasanyalah.. Apapun still lg best citer ni..byk jugak ilmu baru yg kita akan dapat..all the best writer!

best
by on February 18, 2023

kalau dibuat drama i suggest watak tariq is hun haqeem.

Write your review

Recommended