Terus Cintai Aku by Aleya Aneesa

Terus Cintai Aku by Aleya Aneesa from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Aleya Aneesa
Category: Romance
ISBN: 978-983-124-766-2
File Size: 1.29 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Kalau tahu sakitnya jatuh cinta, dia lebih rela memilih jatuh lubang. Kalau tahu deritanya merindu, baiklah dia pilih membenci. Hati tak parah, jiwa pun tak merana. Dia hanya Nurzalis Najwa! Kuasa sakti dia tak punya, panah arjuna pun dia tak ada. Yang dia miliki hanyalah sebuah janji. Sayangnya saat Khilfie muncul, hatinya terbelah dua. Hendak salahkan siapa jika cinta dipegang sebelum waktunya? Setia pula tak kena pada tempat. Lantas, lupa kalau kata tak semestinya dikota. Hati orang pun bukan boleh diikat ikut suka. Kecewa kerana cintanya tak berbalas, Zalis menjauh. Apa guna jadi permata kalau Khilfie tak mahu menjadi cincin? Hati yang luka biar dicari penawar sendiri. Namun, Khilfie bukan buta. Makin jauh Zalis lari, makin laju dia mengejar. Dia bukan bayang-bayang Zalis, kembar siam pun tidak. Tapi, dia persis gula-gula getah dalam hidup Zalis. Saat sedar matanya memandang Jaznita, hatinya hilang dicuri Zalis. Tak mungkin manusia boleh hidup tanpa hati, kan? Dan cinta... memang pelik, ditolak jauh pun tetap juga mahu mendekat.

Reviews

too bad
by on June 30, 2018

baca sinopsis mcm best be cerita ni . tp lama2 bosan. dgn sikap zalis yg terlalu lembut, perangai khilfie yg menjengkelkan. seriously bosan. kalau dah bertunang tu jgn nak menggatal lg. just annoying

terus cintai aku
by ANIDAH BINTI BUANG on April 22, 2020

thumb up

Terus cintai aku
by Rubina Abd Rahman on July 15, 2020

Best

Terus Cintai Aku
by on November 16, 2020

Kisah yang menarik untuk dibaca bagi mengisi masa lapang.sikap saling melindungi keluarga(abang-abang dan ibubapa zalis),setianya zalis berpegang pada janji zaman kanak-kanak,dilema khilfie antara "kawan lama" dan tunangnya.

Terus Cintai Aku
by on December 30, 2021

Perjalanan cerita yang agak lambat. Bosan dengan watak perempuan utamanya yang lemah. Asyik menangis je. Rasanya tak perlu sedih sangat bila mengenangkan janji semasa kecil tidak dikotakan sebab faktor usia yang masih mentah ketika janji dibuat. Macam mana ketat Zalis dijaga ahli keluarga seperti menatang minyak yang penuh, tidak bagi terluka sedikit pun sehingga terlupa kelukaan itu sendiri satu proses perjalanan dalam kehidupan. Mungkin pergaulan semasa kecil yang tidak dipantau menyebabkan kecil-kecil lagi Zalis telah dicium dan dipeluk oleh Khilfie. Rasa lelah hendak menghabiskan bacaan sehingga sampai ke penamat..

terus cintai aku
by Siti Fatimah Binti Hussin on October 04, 2022

biasa je

Write your review

Recommended