Pembangunan Modal Insan Menurut Perspektif Al-Quran by Ahmad Kilan @ Ahmad Kilani Mohamed, Yahaya Jusoh

Pembangunan Modal Insan Menurut Perspektif Al-Quran by Ahmad Kilan @ Ahmad Kilani Mohamed, Yahaya Jusoh from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding 0% GST)
Category: Religion
ISBN: 978-983-52-1063-1
File Size: 8.88 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Pembangunan modal insan menurut al–Quran adalah pembangunan yang melihat insan sebagai ‘watak’ terpenting dalam sesebuah pembangunan. Pembangunannya bersifat bersepadu dan menyeluruh meliputi pembangunan jasmani dan rohani, dunia dan akhirat. Pembangunannya juga bukan sahaja menekankan aspek pembangunan insan daripada sudut latihan kemahiran, kepakaran, profesional, dan penguasaan maklumat seperti yang ditekankan dalam konsep pembangunan insan di negara–negara barat, tetapi melangkaui hal ini dengan menekankan pembentukan insan mulia, iaitu insan yang berilmu dan sejahtera jiwa, yang menjadikan al–Quran dan al–Sunnah sebagai petunjuk kehidupan, memiliki pegangan agama yang kuat, intim hubungannya dengan Allah S.W.T., dan baik hubungannya sesama manusia. Justeru, buku ini mengupas tentang pembangunan modal insan dalam pelbagai aspek kehidupan sebagai panduan. Kandungannya sarat dengan panduan daripada wahyu al–Quran, diperkuatkan dengan huraian hadis, dan pandangan daripada para sarjana Islam yang berwibawa. Kupasan buku ini menyentuh pembangunan insan meliputi aspek pemikiran, ilmu pengetahuan, kepercayaan, kejiwaan, akhlak, sifat kepimpinan, dan amalan Qiam al–Lail. Buku ini sesuai sebagai bacaan umum masyarakat dan sebagai panduan kepada pertubuhan dakwah, pertubuhan remaja dan belia, dan juga penggerak masyarakat yang memfokuskan agenda ke arah membina generasi muslim yang memiliki kualiti peribadi unggul, bertakwa, dan berwawasan.

Reviews

Write your review

Recommended