Bahan Semula Jadi dari Biosumber Pokok dalam Pembuatan Bod Komposit by Rokiah Hashim
(price excluding 0% GST)
(price excluding 0% GST)
Synopsis
"Dalam pembuatan bod komposit, bahan semula jadi daripada biosumber pokok boleh berfungsi sebagai bahan pengawet, bahan perekat dan bahan aditif. Fokus teks syarahan ini adalah tertumpu kepada sebahagian daripada penyelidikan yang telah dijalankan berkaitan penggunaan bahan semula jadi daripada biosumber pokok dalam pembuatan bod komposit.
Penambahan bahan kimia pengawet adalah perlu terutamanya bagi produk kayu yang diperbuat daripada spesies pokok yang mempunyai ketahanan yang rendah. Walau bagaimanapun, penambahan bahan kimia pengawet ini boleh memudaratkan manusia dan merosakkan alam sekitar. Oleh sebab itu, kajian ini memberi tumpuan kepada penggunaan bahan pengawet semula jadi yang diperoleh daripada ekstrak pokok Cerbera odollam dan pengaruhnya sebagai bahan pengawet terhadap sifat bod partikel.
Pembuatan bod komposit tanpa perekat daripada batang kelapa sawit sebagai bahan mentah telah dijalankan. Kaedah ini boleh menjimatkan kos dan produk yang dihasilkan juga tidak meninggalkan kesan yang buruk terhadap kesihatan. Objektif kajian ialah menilai tahap pencapaian prestasi bod ini, sama ada ianya mencapai tahap piawaian spesifikasi bod komposit ataupun tidak, serta kesesuaian penggunaan bod komposit tersebut."
Reviews
Be the first to review this e-book.
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.