Sejarah Dan Media Baharu by Shakila Yacob, Rosilawati Zainol
(price excluding 0% GST)
Title:
Sejarah Dan Media Baharu
Author:
Shakila Yacob, Rosilawati Zainol
Category:
General Academics
ISBN:
978-983-49-0525-5
Publisher:
Dewan Bahasa dan Pustaka
File Size:
10.53 MB
(price excluding 0% GST)
Synopsis
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran bukanlah sesuatu yang asing, malah menjadi suatu keperluan pada masa kini. Penggunaan ini bukan sahaja terhad kepada penggunaan komputer dan internet, malah telah bergerak beberapa langkah ke hadapan dengan kehadiran perkakasan elektronik seperti telefon pintar, komputer riba, CD-Rom, kamera, digital dan sebagainya. Hal ini termasuk media sosial seperti facebook, twitter, blog dan banyak lagi. Penggunaan media baharu ini semakin pesat berkembang dan menjadi pemangkin kepada pendemokrasian pendidikan. Buku ini menghuraikan kepentingan penggunaan media baharu sebagai satu pendekatan baharu dan inovatif dalam menjadikan pengajaran dan pembelajaran sejarah pada peringkat sekolah dan juga universiti lebih menarik. Dimulai dengan penerangan tentang media baharu dan perkembangan terkini dalam bidang sejarah, buku ini seterusnya memuatkan perkembangan serta cabaran jurang digital di Malaysia. Hal ini diikuti penerangan terperinci berkenaan dengan sumber dan penggunaan internet yang telah menrevolusikan pendidikan sejarah. Buku ini menjadi sumber rujukan kepada pendidik, pelajar, penyelidik dan mereka yang berminat dalam bidang sejarah. Ditulis oleh dua orang pensyarah yang mempunyai kepakaran dalam bidang Sejarah dan juga perisian teknologi terkini, buku ini merupakan sebuah karya akademik yang amat sesuai digunakan sebagai rujukan pendidik dan pelajar sejarah.
Reviews
sejarah dan media baru
by Asnan on July 16, 2020
kaedah pengajaran dalam sejarah harus di pelbagaikan dan di olah,dalam bentuk persembahan yang kreatif dan interaktif agar pelajar meminati subjek sejarah.
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.