Dia lebih Mengerti by Norhayati Berahim

Dia lebih Mengerti by Norhayati Berahim from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Category: General Novel
ISBN: 978-983-42115-0-3
File Size: 0.96 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Sesekali bukan tidak diikut akal warasnya. Sesekali bukan tidak difikirkan rasa cinta yang masih ada. Namun kenangan silam, cukup membuat seorang Umairah terpaksa mengalah. Diperendah dan dihina, dinista dan hanya mampu mendapat sisa. Umairah akur kehendak takdir. Cinta itu bukan untuknya. Tetapi lelaki yang bernama Syed Abid tidak mengerti. Terlalu besarkah kesalahannya sehingga Umairah marah? Terlalu banyakkah dosanya sehingga Umairah mengalah? Bagi lelaki ini, cinta yang ditemuinya kali ini, cinta sejati. Bagaimana Umairah marah, bagaimana Umairahmengalah. Tidak semudah itu dia akan menyerah kalah. Cintanya hanya untuk Umairah. Tiada siapa yang boleh menegah. Kerana bagi Syed Abid, cinta yang ada dihatinya, hanya dia sahaja yang mengerti

Reviews

Dia Lebih Mengerti
by Nur fardillah ibrahim on October 23, 2019

Best sgt

Dia Lebih Mengerti
by on June 06, 2022

Cara penceritaan yang sedikit berbeza dengan tulisan Norhayati Berahim yang pernah saya baca. Ada bahagian-bahagian penceritaan yang sedikit bosan dan tidak faham dengan penggunaan bahasa asing yang digunakan. Tetapi dari sudut lain ada info penting dimasukkan iaitu tatacara penanaman anggur dan penyakit strok. Ada dimasukkan sedikit unsur lucu dalam ayat-ayatnya. Watak antagonisnya bila bercakap dan bertindak memang menyakitkan hati dan memberikan kesan kepada pembaca. Saat kematian Datin Asmah terasa pilu dan mencengkam jiwa. Baru sahaja Umairah mendapat kasih sayang mamanya. Tetapi Allah lebih menyayangi. Cepat betul permohonan nikah Syed Abid-Umairah diluluskan. Seminggu? Selalunya sebulan. Mungkin menggunakan orang dalam. Maklumlah Datuk Idris tu orang politik. Allah memilih sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya untuk mendapat petunjuk dan hidayahNya. Bersyukurlah andai sempat bertaubat sebelum bertemu-Nya. Sesungguhnya Allah tidak memandang permulaan seseorang tetapi bagaimanakah pengakhirannya..

Best jugak
by Nurul Ain on May 14, 2023

boleh baca

Write your review

Recommended