Teknik-Teknik Penaakulan by Lok Chong Hoe

Teknik-Teknik Penaakulan by Lok Chong Hoe from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Lok Chong Hoe
Category: General Academics
ISBN: 9789838617758
File Size: 1.29 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

"Tajuk yang dibincang dalam buku ini bukanlah suatu kursus tentang logik formal (atau logik bercorak simbol). Ia hanya bertujuan memilih dan membincangkan beberapa teknik dan kemahiran daripada bidang logik yang mempunyai aplikasi yang luas. Teknik dan kemahiran tersebut dapat membantu golongan yang mengikuti bidang ini berfikiran lebih jelas, membezakan tentang perkara (atau pendapat) yang berlainan, berhujah secara betul dan berkesan, menganalisis dan menilai hujah yang disampaikan oleh orang lain, mengenal pasti falasi yang terkandung dalam hujah yang lemah dan lain-lain lagi. Bagi mencapai tujuan tersebut, kursus ini akan menumpukan perhatian kepada perkara-perkara seperti perbezaan antara kemungkinan logik dengan kemungkinan fizikal (kerana kebolehan berfikir dan berhujah secara logik bergantung kepada corak penalaran yang betul dan berkesan. Teknik ini tidak bergantung kepada fakta atau perbezaan antara pernyataan benar dengan pernyataan yang tidak benar walaupun ia mempunyai aplikasinya kepada bidang yang mengkaji fenomena yang wujud atau berlaku di dalam dunia ini, termasuk kajian sains kemasyarakatan, sejarah manusia, dan juga bidang seni), hujah deduktif yang bercorak silogisme, membezakan antara hujah silogisme yang sah dengan yang tidak sah, penggunaan gambar rajah Venn sebagai satu cara untuk menentukan kesahan sesebuah hujah, perbezaan antara kesahan dengan kebenaran, hujah deduktif yang bercorak modus ponens dan modus tollens, pertalian logik antara pernyataan (seperti pertalian bercorak kontrari, kontradiksi, kontradiktori, implikasi, subkontrari, konsistensi, dan lain-lain). Di samping itu, kursus ini juga akan mengkaji perbezaan antara penalaran bercorak deduktif dengan penalaran bercorak induktif (ini suatu perkara yang berfaedah kerana terdapat bidang tertentu termasuk bidang sains dan sains kemasyarakatan yang menggunakan hujah bercorak induktif untuk menyokong. hipotesis atau teorinya), perbezaan antara syarat perlu dengan syarat mencukupi, cara mendefinisikan istilah atau konsep, cara mengidentifikasikan kelemahan hujah termasuk falasi tidak formal, cara mencabar dan menentang hujah yang lemah dengan menggunakan contoh lawan dan hujah lawan, maksud hujah yang bercorak dilema, dan lain-lain lagi. Dengan meninjau sambil membincangkan teknik-teknik berfikir ini, kursus ini akan menolong para pelajar berfikir secara lebih kritis dan berkesan."

Reviews

Write your review

Recommended