Buku Poket Tanaman dan Ternakan by Ahmad Hafiz Baharom, Azlan Azizi Muhamad Nor, Dr. Fadhilnor Abdullah, Dr. Farah Farhanah Haron, Farah Huda Sjafni Suherman, Hamdan Mohd Noor, Joanna Cho Lee Yin,g Dr. Johari Sarip, Khadijah Awang, Mohd Asrul Sani, Mohd Azhar Hassan, Mohd Aziz Rashid, Mohd Hafizudin Zakaria, Mohd Nazarudin Anua, Dr. Mohd Faizal Ghazalli, Mohd Rashid Rab,u Muhammad Zulfa Mohd Razikin, Nor Amna A’aliah Mohammad Nor, Nor Hanis Aifaa Yusoff, Nur Sulastri Jaffar, Nur Syafini Ghazali, Nurul Shamimi Abdul Ghani, Dr. Pauziah Muda, Dr. Razali Mustaffa, Siti Aisyah Abdullah, Suhana Safari, Suhana Yusof, Suhanna Ahmad, Wan Mahfuzah Wan Ibrahim, Wan Mohd Reza Ikhwan Wan Hussin, Dr. Zainuddin Meon

(price excluding 0% GST)

Synopsis

Buku Poket Tanaman dan Ternakan ini ditulis oleh kumpulan penyelidik MARDI yang berpengalaman dalam bidang tanaman dan ternakan. Buku ini dibahagikan kepada enam bab iaitu buah-buahan, sayur-sayuran, herba, tanaman industri, padi dan ternakan. Kandungan bab tanaman (buah-buahan, sayur-sayuran, herba, tanaman industri dan padi) merangkumi nama biasa, nama saintifik untuk setiap tanaman dan varieti/kultivar/klon. Kandungan bab padi merangkumi nama biasa, nama saintifik, varieti, huraian ringkas berkenaan lokasi dan keluasan penanaman, kesesuaian tanah, pembajakan tanah, penyediaan tapak, pemilihan viarieti, pembajaan pakej padi lestari, keperluan air/pengairan, pengurusan perosak, penyakit dan rumpai, pengendalian lepas tuai, kos pengeluaran dan pulangan mengikut tahun semasa, kandungan khasiat dan kegunaan lain. Kandungan bab ternakan pula merangkumi nama ternakan, nama saintifik serta penerangan berkenaan ciri-ciri baka, sistem pengurusan pemakanan, pengurusan kesihatan dan penyakit, pengurusan lepas tuai dan aspek ekonomi.

Reviews

Write your review

Recommended