Revolusi Bahasa dan Asas Tamadun Huraian Lengkap Secara Analitis dan Kritis by Solehah Yaacob

Revolusi Bahasa dan Asas Tamadun Huraian Lengkap Secara Analitis dan Kritis by Solehah Yaacob from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Solehah Yaacob
ISBN: 978-983-49-2330-3
File Size: 76.49 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

'Buku ini memperlihatkan perkembangan sejarah bahasa dalam tamadun awal manusia menerusi bukti sejarah yang ditinggalkan seperti batu bersurat epik Gilgamesh yang berusia sekitar 4000 tahun Sebelum Masihi. Menerusi bukti tersebut dapat dikesan penggunaan bahasa Mesopotamia terawal, iaitu bahasa Akkadiah yang ditulis dalam tulisan paku (Mismariyyah). Melalui penulisan yang terdapat pada batu bersurat tersebut, difahami bahawa bahasa dan tulisan mengalami proses evolusi sehingga lahirnya bahasa al-Quran (bahasa Arab) dan dikenal pasti tamadun bangsanya. Kemunculan para nabi sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW membuktikan kebenaran agama tauhid Allah SWT menerusi suhuf Ibrahim, Zabur, Taurat, dan Injil. Namun, kitab-kitab ini telah diselewengkan oleh bangsa Yahudi dan Nasrani. Bible yang mengandungi Perjanjian Lama dan Perjanjian Baharu dipercayai bukannya kata-kata Tuhan tetapi merupakan hasil penulisan manusia yang bercanggah antara satu dengan yang lain. Dengan kata lain, buku ini cuba membongkar maklumat silam tentang asal usul bahasa al-Quran, iaitu bahasa Arab Fushah yang berkait rapat dengan tamadun bangsanya.

Reviews

Revolusi Bahasa dan Asas Tamadun
by SAIDATUNNISA' ZAINUDDIN on March 07, 2021

Penulisan yang kritis, sangat sesuai dibaca dan dijadikan rujukan oleh para pelajar IPT. Maklumat dan kajian yang teliti sedikit sebanyak membongkar rahsia/sejarah silam yang telah dipesongkan. Tahniah Prof. Dr. Solehah Yaacob ????????

Revolusi Bahasa dan Asas Tamadun
by Mohd Zulkifli Ibrahim on March 07, 2021

Buku yang sangat padat dan menguji minda supaya berfikir. Penulis membuktikan hujah bahawa manusia memerlukan bahasa untuk membina tamadun. Manusia juga merupakan makhluk yg istimewa kerana diberikan akal fikiran untuk berfikir. Manusia pertama (Nabi Adam) diajarkan oleh Allah nama-nama segala perkara setelah Allah menciptakan Adam di syurga. Penulis juga membuktikan bahawa Bahasa Arab telah lama wujud di dunia ini. Sekaligus, menolak dakwaan daripada golongan Orientalis yang mengatakan bahawa bahasa Arab hanya wujud beberapa tahun sebelum kelahiran Rasulullah. Setakat hari ini, masih tidak banyak buku Bahasa Melayu yang berkualiti seperti ini. Buku ini wajib dibaca oleh pelajar universiti terutamanya pelajar yang mengambil jurusan agama.

Revolusi Bahasa dan Asas Tamadun
by ABDUL MUIN BIN ISMAIL on March 27, 2021

Sarat dengan informasi dan fakta-fakta. bukti wahyu, hadis mahupun fakta saintifik dan sejarah. patut dibaca oleh pencinta sejarah

Revolusi bahasa dan asas tamadun
by MOHD PADZLI BIN AB RAHMAN on March 27, 2021

Sangat bermanfaat kepada pembaca yg ingin menyelusuri sejarah bahasa dan tamadun silam.

Revolusi Bahasa dan Asas Tamadun
by akmal khuzairy on March 30, 2021

Rujukan perkembangan bahasa yg menarik

Revolusi Bahasa dan Asas Tamadun
by Hakimah on March 30, 2021

Sangat bagus...kritis....patut dijadikan rujukan sedunia

Revolusi Bahasa dan Asas Tamadun
by Mustafa Abdul Rahman on March 31, 2021

sangat bermanfaat dan mmpunyai bnyak informasi dan fakta2.

Revolusi Bahasa dan Asas Tamadun
by Khairul Muna Hashim on April 01, 2021

Tahniah! Prof Solehah. Merupakan karya tentang perkembangan bahasa yg menunjukkan ketinggian tamadun. Telah menampilkan persembahan yg luarbiasa melalui hasil kajian yg ditunggu-tunggu oleh ummah.

Revolusi Bahasa dan Asas Tamadun
by Norshahida Hussain on April 03, 2021

Tahniah Dr. Solehah di atas karya yang dihasilkan setelah banyak rintangan dan dugaan serta cabaran yang dihadapi. Semoga banyak lagi karya yang akan dihasilkan pada masa hadapan. Selamat Maju Jaya. May Allah s.w.t. bless you all the way

Penyuluh Sinar
by zuhdi zamery on August 30, 2023

membuka minda bagi yang ingin memahami kewujudan dan makna sebenar sejarah manusia melalui hamba bergelar utusan Allah SWT dan menangkis segala kekeliruan yang sengaja dicipta dari tangan-tangan yang tidak mempercayai tuhan yang maha esa malah mempunyai agenda memesongkan tauhid agar mudah mengusai segala aspek demi kepentingan pihak tertentu. Terima Kasih.

Write your review

Recommended