Bahagia Yang Jauh by Nuril Bahanudin
(price excluding 0% GST)
Title:
Bahagia Yang Jauh
Author:
Nuril Bahanudin
Category:
General Novel
ISBN:
9789670870281
Publisher:
Penerbitan Anaasa PLT
File Size:
1.08 MB
(price excluding 0% GST)
Synopsis
Vee Layla Adib, punya kehidupan yang tidak seindah namanya. Dari kecil diri dia tidak putus-putus diuji. Kasih yang diharapkan dari darah daging sendiri pun terlalu ukar untuk dia raih. Ada emak, emak membenci. Ada ayah, ayah menafikan hak dia sebagai seorang anak hanya kerana kegagalan mengemudi rumah tangga sendiri. Salah dan silap semua dituding ke arah dia kerana kata mereka dia adalah pembawa nasib yang paling malang!
Adib: “Baik… Kalau you nak cerai, cerailah. I akan ceraikan you! Lepaskan you dengan 1 syarat!”
Puan Sharina: “Apa syaratnya?”
Adib: “Bawa budak tu sekali! I tak mahu budak tu.”
Pernah sekali dia jatuh cinta, namun cintanya terlarang.
Ghazi Najmi: “Dari dahulu lagi kalau sesuatu itu sudah menjadi milik aku, maka ia tetap akan jadi milik aku selama-lamanya. Kau faham maksud aku?”
Pernah sekali dia berumah tangga, namun rumah tangganya musnah dek kecurangan.
Fayyad Bakri: “Sepatutnya I tak perlu kahwini you dahulu. Menyusahkan saja!”
Kadang-kadang dia lelah, penat sangat namun hidup tetap perlu diteruskan walaupun ujian yang hadir bertali arus.
Hans: “Pandang saya lama-lama, muat ke nanti?”
Vee: “Muat apa?”
Hans: “Nak simpan saya dalam hati awak tu Vee.”
Kehadiran Hans Mikael yang secara tiba-tiba di dalam hidupnya membuatkan hati yang layu kembali memekar dengan rasa kasih sayang. Namun dia takut. Takut memberi hatinya kerana bimbang terluka dan terus terluka. Terlalu kerap dilukai sampai dia menjadi trauma.
Mampukah dia miliki bahagia bila bahagia itu seperti tak sudi untuk mendatanginya?
Terlalu jauh untuk dia gapai dan dakap.
Terlalu tinggi untuk dia capai dan raih.
Reviews
Vee Layla
by Nor Hazwani Binti Kamal Bahrin on August 18, 2022
baca ni dengan hati lapang dan tenang-tenang sebab hidup Vee sangatlah sedih. Kalau ada watak Vee dalam realiti, semoga dia kuat hadapinya. Sending virtual hug to Vee
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.