MY LAST BOYFRIEND by Ezza Mysara

MY LAST BOYFRIEND by Ezza Mysara from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Ezza Mysara
ISBN: 9789671832523
File Size: 2.04 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Hai. Nama aku Nur Orked. Cerita ni pasal aku yang selalu malang bila mengelola soal hati. Asal bercinta je, mesti terkandas separuh jalan. Kadang-kadang tu tak sampai suku jalan, dah melingkup. Bermacam karenah dan masalah boyfriends yang kena aku hadap. Boyfriend pertama: Kaki kikis Boyfriend kedua: Balik pada ex GF Boyfriend ketiga: Playboy Boyfriend keempat: Percintaan jarak jauh Boyfriend kelima: Tak direstui bakal mentua Boyfriend keenam: Paling teruk sebab suami orang! Kalaulah ada anugerah perempuan paling banyak koleksi boyfriend, mesti aku dah dinobatkan sebagai juara kan? Dapat menjulang sebuah trofi kemenangan. Kali ni aku betul-betul serik. Aku nak bersara dari bercinta lagi. Tapi bila aku dah bersedia untuk pegang title single, tiba-tiba aku terima satu lamaran. Kali ini dari siapa? Bakal boyfriend ketujuh: The one and only, Amir Khusyairi merangkap BFF aku. Tak habis fikir aku dibuatnya kenapa Amir yang dah kenal aku dari zaman hingusan tu, tiba-tiba ajak kahwin. Disaat aku masih belum tahu kedudukan Amir dalam hati, seorang demi seorang Ex Boyfriend aku kembali dengan bermacam cara untuk meraih hati aku. Ah gawat! Aku memang ada masalah besar sekarang. Kalau sorang mampulah untuk aku tepis godaan syaitan. Tapi kalau dah semua? Siapa yang paling layak untuk jadi boyfriend terakhir aku?

Reviews

My Last Boyfriend
by Ixora Riana on November 12, 2020

Sumpah best! Rugi tak baca awal2. Walau ni mungkin kisah cinta klise tapi olahan dan perjalanan jalan ceritanya sangat best dan kena dengan minat aku. Aku suka baca salasilah percintaan Orked tu. Aku tak rasa dia playgirl pun cuma nasib dia dlm percintaan tu kurang baik. Senang cakap, dia putus cinta sebab lelaki tu semua bukan jodoh dia. Aku lagi suka baca novel yg watak hero heroin camni. Jenis selamba dan tak perlu ada scene manis bergula. Mungkin sebab aku dah berusia, jadi aku tak gemar sgt cerita manis bergula kot. For those yg nk cari bahan bacaan santai dan tak berat dgn konflik, bacalah My Last Boyfriend ni. Aku mmg recommend sgt2. Part trivia kelakar ok. Tiap kali Amir frust psl Orked mesti ayah dia akan muncul depan dia. haha. p/s - Ada bonus cerita Klinik Cinta selepas MLB tapi aku belum sempat baca lg sbb tak sabar nk review MLB. haha

Series Best!!
by Niess Aziz on March 10, 2021

Memang best sangat MLB ni..cara penceritaan memang selamba..lain dari novel lain dan sweet dengan cara sendiri.ada side novel bonus selepas MLB ni..pun best..penuh dengan ayat cinta pujangga.. Kalau nak baca sila hafal betul2 setiap ex bfren orked ni ye...!sebab bile diorang buat comeback saya kene baca balik bab awal2...hehehe

My last boyfriend
by Siti noriah bt abu bakar on April 25, 2021

Saya dah bayar dah ade resit tapi xde pun bukunya

cikeri
by SITI RAHMANI on October 09, 2021

sweet sgttttt...semot2 rasa

Write your review

Recommended