HUK ALLOH, ABANG WAITER! by Rafina Abdullah

HUK ALLOH, ABANG WAITER! by Rafina Abdullah from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Rafina Abdullah
ISBN: eISBN-978-967-2474-01-2
Publisher: RMA STUDIO
File Size: 0.16 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Dia tertawa dan kemudiannya memeluk aku dengan begitu erat. “Akhirnya, Safi jadi milik abang. Tak sangka, abang dinikahkan dengan seorang gadis yang benar-benar abang suka. Yang betul-betul abang cinta.” “Peah pun, tak sangka dapat kahwin dengan abang. Yang sebenarnya kan, Peah ada satu rahsia nak beritahu pada abang dan Peah harap abang tak marahkan Peah.” “Sayang nak beritahu apa?” “Sebenarnya kan, Peah rasa bersalah dengan abang. Peah pandang rendah pada abang. Dalam hati, Peah selalu kutuk abang. Hati Peah ni tak bersih, abang. Peah selalu anggap abang adalah lelaki yang tak ada masa depan sebab hanya bekerja sebagai waiter di restoran biasa. Rupanya, Peah silap dalam membuat penilaian. Dari awal-awal lagi Peah sebenarnya sukakan abang. Tapi Peah cuba menipu diri sendiri dengan menidakkan perasaan tu. abang marah tak?” Apakah dialog aku tak cukup kesian bunyinya? Sebab, aku lihat wajahnya langsung tidak beriak apa-apa. “Itu saja?” soalnya dengan sengihan di bibir. Aku angguk. “Bukan ke ada lagi perkara lain yang Safi sorokkan daripada abang selama ni? Safi… bekerja di butik mak abang dan bukannya seorang jururawat seperti apa yang Safi beritahu abang.” Allah! Malunya aku… aku tunduk dan kemudiannya mengangguk. “Peah minta maaf. Peah tak ada niat nak menipu.” “Tak apalah, sayang. Perkara dah lepas. Abang tak nak ambil tahu lagi.” “Terima kasih sebab abang tak marah Peah.” Daguku disentuh perlahan. Dua pasang mata kami bertentangan. “I love you, Safiah…” ucapnya dalam nada berbisik.” Aku tersipu. “I love you too, abang waiter!” aku cubit lengan dia dan terus dia mengaduh kesakitan. Dia pun penipu! “Ooo.. main kasar ye sayang…” “Abang pun sama macam Peah. Menipu identiti sebenar.” “Tapi abang pun macam Safi jugak. Tak ada niat langsung nak menipu.” “Macam mana hubungan abang dengan mak abang sekarang? Dah okey ke belum?” “Nampaknya mak abang banyak bercerita pada Safi.” Aku menggangguk perlahan. “Alhamdulillah. Semuanya dah okey dan kembali seperti dulu.” “Baguslah kalau macam tu. Tak baik tau abang bermusuh dengan ibu sendiri.” “Tak lagi dah.” Dia mengangkat tangan rapat pada telinga. Aku tersenyum bahagia.

Reviews

Pendek
by NUR RADZEANA BINTI RAZALI on August 08, 2020

Ni mcm cerpen dah, pendek je.

Huh Alloh, Abang Waiter! karya Rafina Abdullah
by SITI RODZIAH BINTI ISMAIL on February 02, 2023

Bacaan Santai dipinjam dari -Perpustakaan Kuala Lumpur  (PNM e-Reader) Bacaan santai ketika menunggu & menaiki kenderaan awam. Dialog/nukilan yang menarik..

Write your review

Recommended