TUHAN! AKU JAUH... BINGKISAN HATI HAMBA BERDOSA by FIRDAUS ZAINAL

TUHAN! AKU JAUH... BINGKISAN HATI HAMBA BERDOSA by FIRDAUS ZAINAL from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: FIRDAUS ZAINAL
Category: Religion
ISBN: 9789671729304
File Size: 0.24 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Karya “Tuhan! Aku Jauh…” ini adalah berkisar tentang realiti kehidupan masyarakat masa kini yang semakin jauh dengan Tuhan. Dorongan nafsu yang membara, desakan fitnah akhir zaman yang semakin memuncak ditambah dengan kemajuan teknologi terkini yang seakan tiada penghujungnya menjadikan kita selangkah demi selangkah berlalu pergi meninggalkan Yang Maha Pencipta. Kita terlupa untuk apa kita dihantar ke dunia. Kita terleka hanyut dengan indahnya dunia. Karya ini cuba untuk menyelam ke hati pembaca dengan mengingatkan kembali kepada perjanjian antara kita dengan tuhan semasa di alam roh selain berusaha meletakkan keikhlasan cinta dan rindu itu kepada manusia paling mulia, Nabi Muhammad s.a.w. Selain itu, penulis juga merungkai dilema kehidupan masyarakat yang sedikit demi sedikit terhakis nilai imannya kerana terjerat dengan tekanan hidup yang mendesak dan kepalsuan syurga dunia hingga akhirnya tersesat di satu persimpangan yang sangat jauh. Tanpa kita sedar, fitnah dunia yang direka musuh-musuh Islam secara perlahan-perlahan melekat di hati kita sehingga akhirnya kita hidup mengejar-ngejar keagungan dunia. Berinspirasikan Hujjatul Islam Imam al Ghazali, penulis mengambil inisiatif tersendiri dengan merungkai permasalahan umat secara telus dan berani yang memungkinkan karya ini mudah dicerap menjadi santapan jiwa dan minda pembaca. Imam al Ghazali meletakkan dunia ini sebagai satu kepalsuan dan kita harus bersedia menuju ke alam kekal abadi. Tiada apa yang penulis harapkan selain sedikit ilmu yang dikongsi di dalam karya ini menjadi jariah yang berpanjangan di alam barzah kelak dan kita semua akan berkumpul semula di syurga. Marilah kita kembali merintis jalan mencari tuhan. “Bersabarlah meniti di atas sempitnya dunia. Nanti kita akan berlari-lari di syurga.” Firdaus Zainal

Reviews

Insaf
by Nor Azimah Ramli on September 19, 2021

Terima kasih

Write your review

Recommended