Irene Mellisa wanita yang dibesarkan di rumah anak yatim setelah kematian ibu ketika berusia 14 tahun dan figura seorang ayah langsung tidak diingatinya. Sepanjang hidup, dia belajar hidup sendirian. Semenjak kecil dia sudah biasa dimomok sebagai anak penjajah dan ibunya diejek sebagai gundik orang putih!
Berbeza kisahnya dengan Yukh Nuqman. Dibesarkan oleh ibu setelah ketiadaan ayah. Membesar menjadi seorang yang ‘complicated’ akibat dugaan hidup semenjak kecil. Dia dibuli oleh rakan sekampung kerana miskin dan ayahnya tempang dan buta.
Ternyata dugaan mampu mematangkan atau melemahkan. Bergantung kepada individu.
Lalu dalam naskah ini ditemukan mereka berdua sebagai suami isteri. Dua manusia dengan karakter yang sangat jauh berbeza. Namun rumahtangga mereka sentiasa berkocak dengan bermacam salah tindakan.
“Do you know what is your problem? You keep pushing people away and build a wall around your heart. Hiding behind the wall. But the problem is... sometimes you get stuck behind them! Do you realize that?”-Irene
“Apa lagi yang awak nak saya buat? Awak bos, saya kena dengar perintah awak!”-Yukh
Yukh masih bergelut untuk masuk ke dunia perkahwinan setelah dia terbiasa hidup seorang diri. Malah dia selalu alpa dengan perasaan orang di sekelilingnya. Sehingga akhirnya perkahwinan itu jatuh menyembah bumi begitu saja.
Dominan kisah tentang sesiapa saja yang mampu mengawal hidup dan tindakannya sendiri. Kisah tentang siapa yang mampu mengawal cara berfikir.
Yukh dan Irene… pasangan yang seharusnya saling melengkapi. Tetapi mata tidak mampu melihat begitu. Sehingga kekesalan sudah menjadi terlewat buat Yukh apabila Irene tidak mahu menerimanya semula.
Hati bukan kristal. Irene serik untuk berkahwin semula. Namun selama mana dia mampu menidakkan kehadiran lelaki itu dan hatinya sendiri?
Reviews
Dominan
by Banee Yamin Bin Idris on August 30, 2021
sy suka. terima kasih penulis novel ni
dominan
by Aishah abd Jalal on December 21, 2021
please upload part 2
Dominan
by azura malik on February 01, 2023
Ada sambungan ka ?
irene dominant gurlz
by akmaghani on April 05, 2023
besttt
dominan
by Siti Rohaya bt Mohamad on August 12, 2023
best.... penamat je tak puas hati
Dominan
by Siti Aisyah on October 11, 2023
Novel ini okay best jer. But I give 4/5 sebab mungkin saya tak suka Ade beberapa perkataan yg digunakan dlm novel nie..Untuk watak dlm cerita NIE, mula2 saya x suka dgn Irene tapi dah nak akhir2 cerita, x suka plk dgn Yukh. Saya harap Irene x terima Yukh tapi hrmm terima jugak..
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.