Andeena ketika masih sekolah dibuli oleh anak jiranya. Lelaki bernama Darwin itu berasal dari keluarga yang mengamalkan sifat perkauman. Hanya kerana gadis itu India, dia sering diejek oleh Darwin.
Namun setelah lebih 10 tahun berlalu Andeena ditemui semula oleh Darwin. Tidak disangka gadis itu kian jelita sehingga dia mabuk asmara pula kepada gadis itu. Masakan gadis yang pernah dibulinya itu akan menerimanya semudah itu?
Puas cuba menawan hati Andeena akhirnya jodoh mereka ditemukan. Mereka bahagia. Namun ibu bapa Darwin masih mengamalkan sifat perkauman. Puan Salmi berusaha keras membuat anak dan menantu bercerai.
Sehingga akhirnya satu kejadian jenayah berlaku kepadanya. Andeena hadir memberikan bantuan ketika Darwin berada jauh di luar negara. Hubungan baik antara Andeena dan Puan Salmi bermula.
Sayangnya tidak semua orang suka. Shiela, bakal menantu tidak jadi Puan Salmi berdengki.
Seteguh mana ikatan itu? Kisah ini mengajak kita menjauhi sifat perkauman. Kerana Allah yang menjadikan manusia itu bersuku-suku dan berbangsa-bangsa. Siapalah kita hendak berpuak-puak?
Dia Bukan Mimpiku... Darwin dan Andeena sama-sama tidak pernah mengidam untuk hidup bersama. Tetapi takdir Allah mendekatkan mereka. Dua bangsa, dua bahasa. Demi satu cinta... mereka bahagia juga!
Reviews
dia bukan mimpiku
by Nurul Ain on November 30, 2019
rasa tak puas baca, sedar2 dah tamat..
Dia Bukan Mimpiku
by Marzianah Osman on December 01, 2019
Memang best...puas hati baca
DIA BUKAN MIMPIKU
by ANIS FARIHAH BINTI AHMAD TAJUDDIN on December 03, 2019
senaskah karya yang sangat bagus kerana mengandungi nilai2 kasih sayang,kekeluargaan,sahabat,bangsa n agama.
Dia Bukan Mimpiku
by Siti Fairuz Binti Osman on April 10, 2020
Saya suka dengan jalan cerita yang dibawa oleh penulis ni. Setiap novel ada jalan cerita tersendiri. Ada pelbagai isu yang diolahkan dalam setiap novel penulis.
Dia bukan mimpiku
by latipah ahmad on April 21, 2020
Must read...storyline best sangat
Very good plot for reading
by UMI SOLEHAH SA'AD on July 17, 2021
This author work is flawless as other. As expected from great author. Many social and racial issues brought togethrr in perfect story.
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.