Derhaka Cinta Jebat by Cik Tet

Derhaka Cinta Jebat by Cik Tet from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Cik Tet
Category: General Novel , Romance
ISBN: 9789672035343
File Size: 1.36 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Jebat Zulkarnain… Dia seorang yang perengus. Egonya melebihi tahap tujuh petala langit. Setiap bait bicaranya hanya mengundang luka di hati insan yang terlalu sayangkannya. Aisyah Humairah…. Bila hati dah terlanjur cinta…dia rela menadah hatinya untuk di sakiti berkali-kali walaupun jelas….sayang Jebat padanya hanya dusta semuanya. Cinta Jebat hanyalah helah untuk pemuda itu melunaskan dendamnya. “Sebesar kuman pun, tiada cinta dalam hati aku untuk perempuan macam kau ni.” Bicara itu membunuh jiwanya. Sakit yang teramat. “Kalau tiada sayang, kenapa awak biarkan saya terus merasa, sayalah wanita yang paling bahagia bila bergelar isteri pada suami yang paling saya cinta?” “Sebab aku nak kau rasa balik setiap kesakitan dan derita yang kau hadiahkan untuk orang yang aku sayang. Aku akan pastikan setiap nafas yang kau hela, akan beralaskan duri yang amat tajam.” Aisyah pasrah, Aisyah reda. Hukuman diterima dengan senang hati, tapi kenapa layanan Jebat padanya sering tak selari? Kata benci, tapi Jebat yang terlebih cemas bila dirinya ditimpa sesuatu. Sikap caring Jebat melebihi ego dan panas baran yang sering ditonjolkan. Pening Aisyah. Apa sebenarnya yang ada dalam hati Jebat? Kenapa Jebat begitu berdendam dengannya? Benarkah dirinya dah tak bertempat langsung dalam hati Jebat Zulkarnain?

Reviews

Cerita okey
by Nurlaelah on February 16, 2020

Alur ceritanya menarik,pandai pengarang membuat pembacanya ikut terbawa arus cerita,. Pada saat Jebat buli Aisyah hati ikut terasa,pada saat Jebat sweet ke Aisyah hati ikut meleleh..

Derhaka Cinta Jebat
by MUHAMMAD SYAHIRAN BIN ROSIDI on March 23, 2020

Terbaik !!

dcj
by syafika ilyanie on April 22, 2020

sedikit menarik

DCJ
by puteri nurfatisha binti megat rosidi on June 30, 2020

best sgt sgt sgt tktaulaa i just suka genre mcm ni part aisyah dh ok dgn jebat sweet sgt comel ja geram ja baca

sweeetttt sangatttt
by fiona salleh on September 06, 2020

kenapa sweet sangat?? Best sangat2,rekomen to semua

best sgt
by Nazatul Syima Saad on October 19, 2020

rugi x baca

Cik Tet Memang Best
by Niess Aziz on October 25, 2020

Saya suka jalan cerita derhaka cinta jebat ni..masuk2 dah macam separuh cerita...so kita tertunggu2 flashback cerita ni macammana....terrbaik cik tet!!

Derhaka Cinta Jebat
by Juyana Kastop on March 04, 2021

Best

Derhaka Cinta Jebat
by on June 06, 2021

Permulaan cerita yang menarik diantara Jebat dan Aisyah..Imbas kembali pada sesebuah cerita biasanya dipermulaan cerita tapi tidak pada cerita ni.Dan itu yang membuat kita tertunggu-tunggu untuk mengetahui kisah seterusnya.

derhaka cinta jebat
by Nur cahaya on June 22, 2021

best

hmm
by norizaton najuwa binti anuar petry on November 19, 2021

sedih la, beli sbb org cakap best tapi bila beli and then download. tak boleh bukak. hmmm membazirnya

DCJ
by Nur Sakinah on January 03, 2022

Niceee, jalan cerita yg x berat dan xstress.. ok jeee

Tak Boleh Nak Baca
by Dlaila Mohd Din on February 04, 2022

Mudahkan pembacaan seperti mudahkan bayaran please..

Baguss
by lidya Natalia on February 25, 2022

Suka suka,

Derhaka Cinta Jebat
by Siti Aisyah on November 25, 2023

Jalan cerita dia okay, x terlalu boring bile baca...storyline dia buat kita nak baca part2 selanjutnya. Ending dia best...Watak Jebat tu, hish..panas baran, nak ikut kata dia jer, kalau aq jadi Aisyah atau Iqbal dpt org mcm ni, aq hempuk aje..geram jer baca..tapi part Aisyah nak solek Jebat tu serious kelakar..

sumaiyah
by Sumaiyah alias on December 06, 2023

syok gilaa memang recommend laa pada sapa yang nak baca

Write your review

Recommended