Projek Seram - Ngauman Cindaku by A. Darwisy

Projek Seram - Ngauman Cindaku by A. Darwisy from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: A. Darwisy
ISBN: 978-967-446-473-8
File Size: 1.47 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Ini masanya kita tunjukkan belang keturunan kita yang sebenar! Menurut catatan Residen Jeneral British pada tahun 1884, wujud sekumpulan manusia yang biologinya boleh berubah menjadi seekor binatang. Sejauh manakah kebenarannya? Hal ini mendorong Scha, seorang wartawan majalah bersama rakan-rakannya ke sebuah perkampungan. Berjayakah mereka merungkai kebenaran hujah sains dan kepercayaan tahyul ini? Pada masa yang sama, Faizal yang dalam perjalanan ke kampung halaman telah diduga dengan kehilangan anaknya, Fareez berhampiran sebuah perkampungan orang asli. Namun, pada ketika itu penduduk orang asli berdepan dengan serangan binatang buas di kala bulan mengambang. Apa kaitannya kehilangan Fareez dan semua ini? Adakah kejadian ini mempunyai kaitan dengan kejadian lampau pada tahun 1948 yang mana tragedi berdarah melibatkan tujuh buah keluarga dibaham hidup-hidup angkara bangsa cindaku? Wujudkah bangsa cindaku dan siapakah mereka? Benarkah ngauman itu bakal kembali lagi… “Bunyi dekat rupa-rupanya jauh. Bunyi jauh rupa-rupanya dekat.” “Ini sketch yang aku dapat bila temu ramah orang kampung beberapa bulan lepas. Mereka percaya setiap kali fenomena bulan penuh, benda ni akan keluar dari hutan dan minum air di sepanjang Sungai Tembeling. Menarikkan skop kita?” ~ SCHA “Itu bukan harimau biasa, tapi... harimau jadi-jadian!” ~ MAIMUN

Reviews

Write your review

Recommended