Merindu Tanpa Kata by Emellda M.A

Merindu Tanpa Kata by Emellda M.A from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Emellda M.A
Category: General Novel , Romance
ISBN: 978-967-406-256-9
File Size: 8.37 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

“I love you... Is that the missing word that you forget?” - INDAH “I love you. I’m sorry. I will never forget this word. And I will never forget you.” – KAIZRIL Orang kata cinta itu dari mata turun ke hati. Tapi sebaliknya yang berlaku antara Indah dan Kaizril. Hanya kerana kesilapan yang indah, akhirnya menjadi titik permulaan cinta mereka. Dengan suara, hati mereka mula menyanyikan lagu rindu. Hati tiba-tiba berbunga-bunga mengenangkan kata-kata si pemanggil misteri. Itulah yang Indah rasai. Indah benar-benar bahagia dengan kehadiran Kaizril Kamaruddin. Kehidupan yang dilaluinya terasa cukup lengkap dengan adanya cinta dan keprihatinan Kaizril. Siapa sangka kebetulan rupanya menjadi pembayang pada pertemuan dua jiwa? “Orang handsome macam ni takkan frust kut?” “Saya tak frust. Saya sakit rindu. Hati rindu. Jiwa saya rindu. Mata saya rindu. Fikiran saya rindu...” Benarlah cinta sejati tak mudah untuk dimiliki. Kehadiran Johari sebagai pendengki dan keikhlasan Rizal mendamba kasih yang suci... menjadikan Indah lemas dan panasaran dalam mencari erti cinta sebenar. Dan Kaizril sendiri lelah menepis dambaan cinta Natasha yang terlalu taasub mencintainya. Kehadiran Indah sememangnya memberi sinar dalam kehidupan Kaizril... sebagai pelengkap hidupnya. Satu anugerah tak ternilai daripada Ilahi. Namun, perpisahan terjadi walau Kaizril sendiri tidak merestui. Demi Indah... Demi tidak mahu Indah lebih terluka dan menanggung derita sepanjang hayatnya maka Kaizril terpaksa akur. Kerana dendam sepupu sendiri iaitu Johari, maka Indah dan Kaizril terpisah. Cinta Indah hanya milik Kaizril. Jika benar Kaizril sudah tiada lagi, Indah pasrah dan tidak mungkin jatuh cinta lagi. Hatinya parah. Namun demi benih kasih yang mulai bercambah menjadikan Indah wanita kuat, cekal dan hebat. Walau tanpa lelaki yang amat dicintai... Walau tanpa keluarga sendiri... Walau bertemankan air mata saban hari... Dengan segala rasa cinta terhadap Kaizril, Indah bangkit kembali. Walau hanya bertemankan ceritera cinta semalam. Indah reda kerana dia hanya mahu Kaizril menjadi yang pertama dan terakhir untuknya... Yang kekal terukir dalam hati selamanya.

Reviews

Love You
by Fariha Mustapha on August 13, 2018

Jalan citer yang menarik.....teruk betul angau org yg jatuh cinta tanpa knal orangnya lagi

Write your review

Recommended