Negara mendepani landskap globalisasi pendidikan yang menuntut keperluan bagi menyedia, membentuk dan menghasilkan aset modal insan yang berkualiti tinggi. Ekoran daripada ini, institusi pendidikan negara menerusi perancangan dan pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan sewajarnya melaksanakan anjakan dan resolusi pendidikan ke arah pemantapan dan pemerkasaan pembangunan modal insan secara bersepadu, seimbang dan holistik dari sudut kualiti intelektual dan keterampilan insaniah. Nyatanya, keperluan ini telah dijelmakan menerusi transformasi pendidikan negara terkini dalam konteks pengajaran dan pembelajaran yang berpaksikan pendekatan berasaskan hasil dengan fokus pelaksanaan pembelajaran berpusatkan pelajar. Implimentasi ini mensasarkan matlamat ke arah memantapkan dan memperkasakan nilai-nilai kemahiran insaniah sebagai jaminan untuk produk modal insan yang berkualiti tinggi. Ini juga sejajar dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang menerajui kepimpinan pendidikan, telah merangka strategi bagi memastikan perancangan, pelaksanaan, penilaian dan penghasilan produk modal insan yang kompeten, berketerampilan, berwibawa, berdaya saing tinggi serta memiliki ciri-ciri insan kamil yang berjaya dibentuk dan dihasilkan dalam mencapai status insan mahir yang berupaya menggunakan potensi diri dalam menangani kepelbagaian situasi.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.