[ No Description ]



 



RM 9.95

Kera telah menolong penyu menarik sebatang pokok pisang dari dalam sungai. Sebagai upahnya, kera mahukan bahagiannya dan penyu bersetuju dengan syarat tersebut. Namun begitu, Kera tidak bersetuju apabila penyu ingin menanam pokok pisang terlebih dahulu, dan hasilnya akan dibahagi sama rata. Kera tetap mahukan bahagiannya pada waktu itu juga. Akhirnya, pohon pisang itu dikerat dua, dan kera telah mengambil bahagian pucuk pohon pisang tersebut untuk ditanam. Namun begitu, tanamannya itu tidak membuahkan hasil dan pokok pisang yang ditanam oleh kera mula layu kerana tidak ditanam bersama-sama dengan akarnya. Kera cemburu dengan pokok pisang penyu yang telah membuahkan hasil. Kera kemudiannya menipu penyu dengan mengatakan bahawa dia ingin menolong penyu memetik buah pisang. Namun begitu, dia langsung tidak memberi buah pisang tersebut kepada penyu, sebaliknya dia memakan semua buah pisang tersebut di atas pokok. Penyu berkecil hati dengan sikap kera itu. Kemudian, kera telah melemparkan penyu ke dalam sungai. Namun begitu, dia berasa sangat menyesal kerana telah kehilangan sahabat yang baik hati.
view book