[ No Description ]



 



RM 34.40

Isu-isu dalam Terjemahan Karya Sastera ialah buku pertama dalam bahasa Melayu yang membincangkan pelbagai tema yang bersangkut paut dengan terjemahan karya sastera. Penulisnya terdiri daripada sarjana dari Rusia, Jepun, China dan Malaysia yang giat dalam penyelidikan dan amalan penterjemahan bahasa Melayu. Dalam perkembangan teori dan pendekatan pengajian penterjemahan, terjemahan karya sastera merupakan salah satu genre yang paling awal mendapat perhatian para penyelidik dan ilmuwan. Hal ini kerana terjemahan karya sastera diangkat sebagai wahana perantara dwibahasa dan dwibudaya yang mampu menggalakkan persefahaman dan interaksi antara dua bangsa dan dua tamadun. Terjemahan karya sastera dalam buku ini diteliti, dikupas dan dicerakin dari perspektif proses serta produk secara komprehensif berdasarkan kerangka teoretis eklektik. Rumusan yang dibuat dalam setiap bab sesuai dijadikan panduan penterjemahan dan juga sumber inspirasi bagi percambahan idea dalam penyelidikan pengajian penterjemahan.
view book