[ No Description ]



 



RM 12.50

“Saya harap, saya benar-benar kalis cinta. Saya tak mahu mencintai awak. Saya terlalu ingin membenci awak. Andai masa dapat diundur, saya nak perkahwinan ini tak pernah terjadi supaya saya tak akan pernah memberi hati pada awak.” ~ Diya. Pada Diya, Zahil hadir mengubat luka silamnya kemudian merobek pula luka yang lebih dalam. Maaf? Diya memilih, tidak! Hancur luluh hati Zahil Hariz apabila bahagia yang mereka bina musnah kerana kedegilan Diya. Zahil tiada upaya untuk mengubah masa silam Diya sebagaimana dia tidak berdaya mengubah hubungan cinta mereka yang cukup rumit. Kemunculan watak Zakuan, Syamil, Tina dan Nadya menambah konflik sedia ada. “Allah memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Allah hanya anugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Allah telah berikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Dan awak, Adelia Dayana adalah cinta saya.” ~ Zahil. Memberi kasih pada yang tidak mahu menghargai, sakitnya bagaikan patah hati. Hakikatnya, Zahil tak pernah meragui hati Diya. Namun apabila ada insan lain yang mampu buat Diya mengukir senyum, Zahil beralah dengan memberi hak kepada Diya untuk membuat pilihan. Penceraian atau kemaafan? Apakah pilihan Diya? ‘Isteri Aku Kalis Cinta’ merungkai penghujung sebuah dendam dan penantian.
view book