[ No Description ]
Membangun Negara Madani: Visi dan Kerangka Dasar Reformasi merupakan sebuah tatanan khusus daripada Anwar Ibrahim yang menghamparkan enam nilai teras untuk membina Malaysia yang lebih baik dan menyediakan kaedah bagi membangunkan dasar yang sesuai dengan dunia kontemporari dan kompleks pada hari ini. Demikian ikhtiar Anwar Ibrahim menerusi kerangka dasar MADANI. Fokus Anwar Ibrahim adalah pada nilai kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan, yakni rangkuman intisari MADANI. Pemerkasaan rakyat bermula dengan rencana untuk menakrifkan semula istilah dalam kerangka MADANI, menjelaskan matlamat dan visi negara mengikut manhaj Malaysia. Penakrifan ini disusuli dengan ikhtisar tentang matlamat dan visi atau wawasan yang ingin Anwar Ibrahim capai menerusi penerapan setiap istilah. Justeru dengan mencorakkan masa hadapan negara atas prinsip ihsan, dasar yang akan digubal akan meletakkan keutamaan terhadap membela nasib mereka berpandukan kerangka dasar MADANI. Kerangka MADANI merupakan suatu ikhtiar yang bersepadu dan holistik: kesemua enam komponennya tidak berfungsi secara berasingan; ada kesalinghubungan yang rapat antara setiap komponen, sementara ketergantungan mereka antara satu sama lain menjadikan segala dasar yang digubal menjadi lebih manusiawi, yang sentiasa ditambahbaik menerusi musyawarah dan maklum balas rakyat. Justeru secara kolektifnya, kerangka ini akan meletakkan asas untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang madani, maju, terampil dan terangkum. Anjakan demi anjakan yang berlaku begitu pantas memaksa kita untuk mengambil kira keadaan persekitaran yang sentiasa berubah-ubah. — 1. Mukadimah 2. Visi Kita 3. Naratif MADANI 4. Kerangka Dasar MADANI 5. Dasar Rukun MADANI 6. MADANI untuk Malaysia Pasca-COVID 7. Dasar MADANI buat Menangani Masalah Kos Sara Hidup 8. Dasar Keutamaan Menuju Negara MADANI 9. Epilog 10. Penghargaan 11. Sumber