[ No Description ]



 



RM 45.00

Buku ini diterbitkan atas kesedaran untuk menyemarakkan lagi diskusi ilmiah mengenai perlembagaan dalam bahasa Melayu. Kebanyakan perbahasan ilmiah mengenai perlembagaan adalah dalam bahasa Inggeris, bersifat teknikal undang-undang dan istilah jargon yang hanya difahami oleh mereka yang berkecimpung dalam bidang perundangan. Justeru, buku ini cuba mengisi kelompongan yang ada khususnya penggunaan bahasa yang tidak bersifat teknikal undang-undang dan bersifat sosiologi perlembagaan serta dibahaskan dari perspektif hubungan etnik di Malaysia. Kedalaman perbincangan dalam buku ini mengkhususkan kepada 4 Tiang Seni dalam perlembagaan, iaitu Islam, Melayu, Bahasa Melayu dan Raja-Raja Melayu. Antara kandungan penting dalam buku ini ialah Islam dan hubungan etnik, rasional dan implikasi peruntukan Islam dan Melayu dalam perlembagaan isu yang berkaitan diskriminasi perlindungan, perbahasan peruntukan Perkara 153, kesamarataan dan sudut pandangan Islam dan masa depan peruntukan Islam dan Melayu dalam perlembagaan.
view book