[ No Description ]



 



RM 28.00

Buku “Coding di Sekolah: Panduan untuk Guru dan Pelajar” merupakan sebuah buku yang menterjemahkan hasil penyelidikan, pengalaman mengajar serta kajian literatur menjadi suatu panduan sistematik bagi guru dan pelajar dalam membina kemahiran pengaturcaraan. Di samping kemahiran mengajar dan belajar, kompetensi merupakan aspek terpenting dalam menentukan kejayaan pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan itu, buku ini ditulis dengan pendekatan yang mudah dan menyeluruh bagi membantu guru dan pelajar meningkatkan kompetensi mereka terhadap bidang coding atau pengaturcaraan. Kemahiran pengaturcaraan adalah keperluan mendesak negara bagi menempuh cabaran menjadi negara pengeluar pada masa hadapan. Oleh itu, pendedahan terhadap pengaturcaraan telah dilakukan terhadap pelajar-pelajar di peringkat sekolah lagi. Kurangnya bahan-bahan rujukan yang membincangkan topik pengaturcaraan secara sistematik dan menyeluruh, khususnya bagi pelajar merupakan suatu kekangan. Hadirnya buku ini dengan penulisan dalam Bahasa Melayu akan dapat membantu mengatasi kekurangan ini. Dengan itu, buku ini harus dimiliki oleh guru-guru dan pelajar-pelajar yang ingin meningkatkan lagi pemahaman dan kemahiran terhadap dunia pengaturcaraan
view book