[ No Description ]



 



RM 175.00

Johor Darul Ta’zim terus melakar kegemilangan dan menjadi sebuah negeri yang masyhur pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Ismail. Baginda merupakan Sultan Johor Moden Ketiga yang bertakhta dalam Kesultanan Johor semenjak tahun 1959 sehingga 1981. Justeru, buku ini memerihalkan riwayat hidup Baginda yang dapat dibaca dengan mudah serta dihimpunkan bersama foto-foto nostalgia Kerabat DiRaja Johor. Foto-foto eksklusif tersebut amat bernilai tinggi bukan sahaja dari aspek sejarahnya, malah menjadi bukti berlakunya pelbagai peristiwa di Negeri Johor ketika Almarhum Sultan Ismail bersemayam di atas takhta kerajaan. Kepesatan pembangunan dan kemajuan ekonomi Negeri Johor telah menjadikan negeri ini sebagai salah sebuah negeri terawal di Malaysia yang maju dari pelbagai bidang. Hal ini dapat dibuktikan semasa Baginda memerintah Negeri Johor, perolehan hasil negeri telah meningkat secara drastik. Di samping itu, terdapat banyak prasarana dibina untuk rakyat seperti pembinaan rumah-rumah kos murah, hospital, bekalan elektrik, dan kemudahan jalan raya. Buku ini turut memuatkan pelbagai foto yang merakamkan peristiwa penting pembangunan Negeri Johor pada zaman pemerintahan Baginda bagi rujukan pembaca. Atas limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, maka buku berkonsepkan coffee table ini diterbitkan sebagai kenangan abadi. Selain itu, buku ini juga menambah bilangan karya eksklusif Kesultanan Johor Moden dan boleh dijadikan rujukan berkaitan sejarah Negeri Johor.
view book