Ukiran Buah-Buahan merupakan buku yang bakal menjadikan anda kreatif dalam menyediakan atau menghias hidangan di meja makan. Buku ini memaparkan pelbagai teknik mengukir buah-buahan agar kelihatan menarik dan istimewa bagi membuka selera terutama untuk hidangan majlis perkahwinan dan pelbagai majis keraian.
Teknik yang dipaparkan dalam buku ini amat mudah untuk dipraktikkan memandangkan penulis menunjukkan langkah demi langkah teknik ukiran yang dilakukan. Antara teknik yang dipaparkan ialah teknik mengukir buah Bunga Seri Pengantin, Bunga Ros Bernama, Kereta Betik Berhias, Bunga Bentuk Duri, Bunga Ros Satu Dimensi, Bunga Teratai, Nanas Kapal Layar, Bunga-bunga Kemboja, Bunga 3 Dimensi, Bunaga Matahari, Tembikai Ikan Merah, Bunga Betik.
Buku ini amat sesuai dijadikan panduan kepada mereka yang berminat dalam seni ukiran buah-buahan. Malah, kemahiran yang dipraktikkan ini boleh dijadikan sumber pendapatan tambahan.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.