[ No Description ]



 



RM 21.00

“Aku tak percaya pada cinta.” – Hakimy “Me too…” -Raysha Cinta bukan untuk memiliki. Jihan Raysha belajar daripada pengalaman hidup untuk tidak mempercayai cinta yang hadir. Dia takutkan kegagalan. Disebabkan cinta, dia berpisah dengan adik-beradik kembarnya. Cinta merapatkan dua hati, tetapi disebabkan dua cinta, hati menjadi rapuh. Siapa kata cinta boleh membahagiakan? Iqram Zafriel membesar dalam limpahan kasih sayang oleh keluarganya. Namun itu bukan bermakna hatinya tidak pernah terluka. Baginya tanpa kepercayaan, cinta tidak akan terjalin. Disebabkan kepercayaan itulah, dia terluka. Hatinya dilukai. “Esha Ebrahim?” – Puan Sri Tengku Zanariah “Are you really our Jihan?” – Najmy “Jelaskan dulu. Apa yang berlaku? Siapa kau? – Hakimy Mereka bertemu bukan kebetulan. Mereka berpisah disebabkan suratan takdir. Pertemuan mereka bukan dirancang, menanam bibit-bibit rasa yang cuba diusir. Akhirnya mereka bersatu. Siapakah mereka? Namun terlalu banyak rahsia yang cuba dirahsiakan daripada pengetahuan Jihan Raysha. Bagi Iqram Zafriel pula, rahsia itu dapat melindungi gadis itu “Mulai hari ini saya akan belajar mencintai dan menyayangi Raysha. I’m serious about this. From now onwards, I’m going to take care of her.” – Iqram Tetapi ada kenangan walaupun sepahit mana, harus perlahan-lahan dilupakan. Ada yang harus dilepaskan. Ibarat daun yang jatuh ditiup angin, tidak pernah membenci angin, untuk siapa harus dipersalahkan? Hidup ini satu ujian dan reda dengan apa yang berlaku. Adakah merahsiakan itu mampu melindungi? Adakah melindungi, dapat melindungi? Kerana cinta, manusia buta…
view book