Hari itu, ibu masak nasi ayam.
Dan Adam menjadi chef setia ibu,
meracik mana perlu serta
bantu memasak di dapur.
Kamu tangkas dan
sungguh selesa di sekitar dapur.
Usai kita menikmati nasi ayam terbabit
Ibu tanyai dirimu
“Sedap tak nasi ayam kita?”
Kamu jawab
“Sedap! Terima kasih Allah..”
Lalu ibu tanyai
“Berapa bintang Adam beri ibu?”
Jawapan kamu
“Saya beri ibu 5 bintang..di Syurga”
Ibu kelu.
Kerana ibu tahu, ini ‘bicara’ Tuhan pada ibu.
Bicara yang, ibu mesti terus
melangkah, ibu mesti bantu yang masih meraba-raba dalam
kelamnya malam dan gelapnya perjalanan.
Kita mahu 5 bintang di Syurga bukan?
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.