[ No Description ]



 



RM 17.99

Buku ini memberi pendedahan untuk melaksanakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KSSM) dalam pembelajaran abad ke-21 sebagaimana yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Prasekolah hingga Lepasan Menengah) 2013-2025. Melalui buku ini pembaca mendapat pengetahuan mengenai teori pembelajaran dan perkembangan terbaharu pendidikan dan penerapan Enam Aspirasi Murid di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembaca juga akan dapat membina pengetahuan mengenai penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam setiap aspek termasuk kokurikulum. Pembaca akan diberi kemahiran melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan menguruskan data murid yang menjadi sebahagian daripada tugas hakiki guru. Melalui buku ini pembaca bersedia untuk melaksanakan pedagogi terkini dan menguruskan aktiviti kokurikulum bagi menyediakan murid untuk masa hadapan.
view book