[ No Description ]
Buku ini boleh dijadikan sebagai bahan bacaan asas untuk pembaca yang ingin meneroka lebih lanjut pemikiran ulama Melayu tradisional berkaitan ajaran Martabat Tujuh dari perspektif akidah dan tasawuf Islam. Isu yang diketengahkan mungkin agak berat bagi sesetengah pembaca dan mungkin juga satu yang mencabar arus pemikiran sedia ada sebahagian daripada kita. Namun begitu buku ini ditulis berasaskan pengkajian dan penyelidikan yang mendalam terhadap isu pemikiran akidah dan tasawuf serta polemik pemikiran yang berlaku dalam masyarakat Melayu tradisional yang berlarutan sehingga ke hari ini. Polemik ini bukan sahaja membawa kepada kemunduran daya berfikir umat Islam bahkan juga membawa kepada perpecahan dan kecelaruan pemikiran khususnya apabila melibatkan kelahiran ajaran-ajaran yang menyesatkan umat. Fenomena ajaran sesat yang berlaku di dunia Melayu kebanyakannya berakar umbi daripada polemik pemikiran yang dibincangkan di dalam buku ini. Oleh itu analisis dan jawapan yang dikemukakan oleh tokoh yang diutarakan dalam buku ini iaitu Haji Ahmad Khatib al-Mankabawi menjadi titik tolak untuk membetulkan situasi kecelaruan berfikir dalam urusan akidah dan tasawuf.