Rempit Di Malaysia by Rozmi Ismail

Rempit Di Malaysia by Rozmi Ismail from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Rozmi Ismail
Category: General Academics
ISBN: 978-983-49-0162-2
File Size: 6.41 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Prengg! Prengg! Prengg!... Itulah bunyi yang biasa didengar pada malam hujung minggu di kebanyakan bandar di Malaysia. Fenomena "rempit" di Malaysia pada hari ini bagai suatu wabak yang berkembang cepat sehingga pihak berkuasa sukar membendungnya. Rempit merupakan suatu fenomena peralihan bagi remaja yang wujud sementara dalam jangka masa tertentu, iaitu ketika umur awal remaja hingga akhir remaja atau awal dewasa. Bagi sesetengah remaja, berkawan sesama geng motor dan mat rempit, menunggang dengan laju dan mempamerkan aksi akrobatik yang berbahaya adalah antara episod penting kehidupan zaman muda mereka. Akhir-akhir ini rempit sering dikaitkan dengan aktiviti jenayah seperti mencuri, merompak, kumpulan gengster, rogol, dan sebagainya. Malah hal ini sudah menjadi suatu fenomena baharu yang hanya wujud di Malaysia. Buku ini ialah suatu nukilan hasil daripada penelitian, pemerhatian dan penglibatan secara langsung penulis dengan fenomena ini sebagai penyelidik dan kumpulan pakar psikologi yang mengendalikan program intervensi kepada golonga terbabit sejak beberapa tahun yang lalu. Buku ini diharap dapat menjadi panduan kepada semua pihak sama ada pelajar, penyelidik, ahli politik, aktivis masyarakat, guru, pembuat polisi, pentadbir dan sebagainya yang berminat kepada remaja sedemikian.

Reviews

Write your review

Recommended