DHIEYA ARISHA… Gadis yang hampir tercampak ke dalam neraka ciptaan manusia berhati binatang. Namun qada' dan qadar Tuhan, dia diselamatkan oleh seseorang. Namun tidak semudah itu perjalanan sebuah kehidupan. Setiap pertolongan mengharapkan sebuah pembalasan. Tidak mudah lelaki itu untuk melepaskannya. Tetapi itu bukan sebab utama. Ada sesuatu yang istimewa menggugat naluri hati lelaki itu menyebabkan dia nekad. Kerana budi yang ditabur lelaki itu, maruah dirinya masih terpelihara. Tiada pilihan namun dia akur andai itu ketentuan Ilahi.
“Dhieya tak kisah macam mana abang nak buktikan cinta dan kasih sayang abang pada Dhieya. Sebab... kasih Firdaus dan Dhieya sudah lama bertaut di dalam hati ni… Hati kita… Firdaus... dan Dhieya...” - Dhieya
SYED FIRDAUS HAKIMI… Lelaki yang keliru dengan perasaan sendiri. Pada pandang pertama, hatinya tercuit namun ego seorang lelaki mengatasi segala-galanya. Dhieya Arisha diikat hanya demi kepentingan diri dan nama. Namun keperibadian Dhieya Arisha telah mengikat hati Syed Firdaus Hakimi untuk terus mendekati gadis itu. Setiap jalan menuju kebahagiaan pasti akan ada jalan yang berliku.
“Lelaki ini tetap setia menunggu suri hatinya, meredai isteri kesayangannya dan ingin dia mengetahui yang dia tidak keseorangan, masih ada seorang lelaki ini yang menantinya. Biar berjuta yang menghalang, biar beribu yang menduga tetap takkan merubah hati dan perasaan abang, selamanya jika diizinkan Tuhan.” - Firdaus
Bagaimanakah Dhieya Arisha menghadapi sikap Puan Sri Sh. Faridah yang terlalu mementingkan darjat dan harta? Bagaimanakah pula kehadiran Karinna yang menagih janji daripada Syed Firdaus Hakimi? Bagaimana pula dengan Sh. Emilina, sepupu Syed Firdaus Hakimi yang sudah lama mencintai lelaki itu dan juga merupakan calon pilihan ibu Syed Firdaus Hakimi?
Reviews
Copycat
by Aini nur fatihah bt ishamudin on January 31, 2020
Macam ombak rindu..lain SIKIT je
Hhmm
by Nadia Bt Sheikh Mohamed on April 01, 2020
Story plot biasa je. Tapi penulis buku ni tak rujuk sesiapa ke ek bila tulis dlm bahasa inggeris? Ayat lintang pukang. Grammar tunggang langgang. Tulis je dalam bahasa melayu sepenuhnya. Sakit pulak hati baca bila keluar ayat dlm bi yg lari dari landasan. My advice utk penulis ni. Banyakkan membaca buku bi ya
Bertaut Kasih
by syazana on April 27, 2020
I like this more than Ombak Rindu
sederhana
by Fatin Nadzirah bt Abu Hasan on September 23, 2020
plot cerita ni agak mendatar jadi agak bosan sikit.. tapi ok je cerita ni
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.