Hanya Milikmu by Siti Auni

Hanya Milikmu by Siti Auni from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Title: Hanya Milikmu
Author: Siti Auni
Category: Romance
ISBN: 978-967-0657-19-6
File Size: 1.23 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Balqis Maisara, nama yang cukup indah didengar namun keindahan itu tidak pula terpalit sepanjang perjalanan hidupnya. Biarpun memiliki keperibadian yang mulia, namun gadis kampung ini tetap dipandang serong dan dihina oleh masyarakat di sekelilingnya. Kedaifan yang menghimpit, ditambah pula dengan tanggungjawab terhadap ibunya yang menghidap penyakit kronik, kehidupan Balqis Maisara kian sukar. Namun berpegang pada ketentuan Allah, dia tabah menghadapi satu persatu ujian itu. Baginya Allah Maha Adil, dan dia yakin di penghujung harinya dia pasti menemui keindahan yang dicari. Namun pertemuan dengan lelaki seego Tengku Harith, hati dan perasaannya kembali teruji dan dicarik berkali-kali. Dia berasa serba salah tatkala Tengku Ismail melamarnya untuk dikahwinkan dengan lelaki berhati kejam itu. “Kau ingat dengan tudung labuh macam tu, aku nak terpedaya? Kau jangan haraplah! Mati hidup semula pun, aku tak nak kahwin dengan perempuan macam kau ni!” – Tengku Harith. Dan kehadiran lelaki sesempurna Ustaz Amirul, mungkinkah di situ bahagianya bersembunyi? Cinta lelaki itukah yang mampu mengubati satu persatu kelukaan di hatinya ini? “Qis, abang janji, abang akan jaga Qis elok-elok lepas kita dah kahwin nanti. Abang takkan biarkan Qis terseksa lagi..” - Ustaz Amirul Bagi diri Balqis Maisara, dia keliru di dua persimpangan. Di kirinya Ustaz Amirul yang cukup melindungi, dan di kanannya pula Tengku Harith yang penuh rasa benci. Jika dia selapang dada menerima Ustaz Amirul, mengapa wajah Tengku Harith yang muncul setiap kali dia menunaikan solat sunat Istikharah? Apa yang tersembunyi? Apa yang bakal menantinya suatu hari nanti? Dan mampukah sebuah perkahwinan melenyapkan seluruh duka yang mejadi teman setianya selama ini? Sebuah kebahagiaan yang tidak pernah pasti, namun Balqis Maisara membulatkan tekad di hati.

Reviews

boleh la
by Fatin Nadzirah bt Abu Hasan on April 23, 2020

bergantung pada cita rasa individu.. so-so

Hanya Milikmu
by on June 17, 2020

best!

Write your review

Recommended