Hey, My Husband! by MIA AZWARI

Hey, My Husband! by MIA AZWARI from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: MIA AZWARI
ISBN: 978-967-2467-58-8
File Size: 3.58 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

‘Perampas’… Perkataan yang paling dibenci dalam hidup Adiba Riana. Disebabkan kisah silam keluarganya, dia sering dikaitkan dengan perkataan itu. Bukan mudah dibesarkan oleh keluarga yang pernah mempunyai sejarah hitam atas perbuatan arwah ibunya.
Dalam diam, Adiba menaruh perasaan terhadap abang tirinya, Naim Aswad. Puas dia cuba mengambil hati, tetapi lelaki itu semakin membencinya.
“Suatu hari nanti Abang Im akan jadi husband Diba juga.” – Adiba
“In your dreams.” – Naim
Bagi Naim, Adiba perlu dijauhkan. Untuk menjaga perasaan orang yang disayangi, akhirnya dia bersetuju untuk bertunang. Bertahun Adiba membawa diri untuk belajar melupakan Naim, namun semuanya berubah selepas mereka bertemu kembali. Kali ini dia pula yang dikejar. Disebabkan satu salah faham, mereka berkahwin. Adiba semakin bingung. Naim sudah bertunang, tetapi kenapa lelaki itu masih ingin berkahwin dengannya?
“Siapa cakap abang tak ikhlas sayangkan Diba?” – Naim
“Abang dah lupa agaknya. Nak Diba ingatkan abang? Abang sendiri pernah cakap yang abang tak pernah anggap Diba sebagai adik, apatah lagi sebahagian daripada keluarga abang.” – Adiba
Puas dia mengelak, tetapi gelaran perampas tetap terpalit dalam dirinya. Akhirnya Adiba tewas dengan perasaan sendiri. Kasih sayang yang diberikan oleh Naim tidak mampu ditolak. Malah, Adiba mahu lelaki itu terus berada di sisinya.
Namun kebahagiaan mereka tidak lama apabila perkahwinan rahsia mereka terbongkar. Puan Shira mendesak Naim untuk berkahwin dengan Marsya dan Marsya turut mendesak Naim meneruskan rancangan mereka. Adiba tidak sanggup diduakan, tapi jika itu jalan penyelesaian terbaik, Adiba reda. Adakah kisah gelap keluarga mereka bakal berulang lagi?

Reviews

hey mr husband
by Amirah Syafiqah on February 20, 2023

Best terukkk

Write your review

Recommended