Tiada Dirimu by Eliza AB

Tiada Dirimu by Eliza AB from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding 0% GST)
Title: Tiada Dirimu
Author: Eliza AB
Category: General Novel , Romance
ISBN: 978-967-13185-1-5
File Size: 1.49 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Hanya kerana satu insiden, Dalia dan Shafiq terpaksa hidup dalam pelarian. Shafiq sanggup mempertaruhkan nyawanya sendiri demi keselamatan Dalia. Selama 2 tahun Shafiq memegang rahsia. Jika dengan rahsia itu membuatkan dia menerima segala cemuhan dan pukulan, dia sanggup demi adiknya, Dalia.

 

“Maafkan aku, Dalia. Bukan niat aku nak rahsiakan daripada kau. Ada baiknya kau tak tahu siapa mereka tu semua.” – Shafiq Akmal

 

 

Shafiq dan Dalia kemudiannya dipertemukan dengan Rafiq Adam. Pertemuan itu berlarutan sehingga membawa kepada satu perhubungan yang mesra dan istimewa. Rasa sayang dan kasih kepada Rafiq berputik dalam hati tanpa Dalia sedari. Namun dia sedar, siapalah dia untuk memasang impian bersama dengan Rafiq. Dia hanya seorang gadis selekeh yang dipandang sebelah mata oleh Rafiq.

 

“Kau kena cermin diri kau tu dulu, Dalia. Kau tu siapa? Dia tu siapa? Mana nak sepadan.”  Dalia Imani

 

Kehadiran Dalia di syarikat tidak disenangi oleh Ziqri Arif. Dia turut berpakat dengan Azie yang sememangnya tidak menyukai kehadiran Dalia di syarikat itu. Pelbagai usaha dilakukan oleh mereka berdua demi untuk menyingkirkan Dalia dari syarikat.

 

“Lepas ni kau jangan nak main-main dengan aku, Dalia. Aku boleh buat kau berhenti daripada syarikat ni. Ini amaran aku buat kau.” – Azie

 

Sikap ambil berat Rafiq terhadap Dalia menambahkan lagi kebencian Ziqri terhadap gadis  itu. Tatkala dia mengetahui tentang perasaan Dalia terhadap Rafiq, dia memasang rancangan. Baginya, Rafiq tidak layak untuk bahagia setelah apa yang dilakukan oleh Rafiq terhadapnya pada 2 tahun yang lepas.

 

“Aku tak akan mengaku kalah, Raf. Aku akan pastikan orang yang kau sayang pergi tinggalkan kau. Aku akan balas dendam atas apa yang telah kau lakukan pada aku dahulu.”  – Ziqri Arif

 

 

Peristiwa yang berlaku kepada Shafiq menyebabkan Dalia berputus asa. Demi sebuah rahsia dan kebenaran memaksa Dalia untuk menerima tawaran Ziqri. Hanya dengan bantuan Ziqri, dia dapat menyelesaikan masalah yang sekian lama menghantui hidupnya dan Shafiq.

 

Tawaran apa yang ditawarkan oleh Ziqri kepada Dalia? Rahsia apa yang disembunyikan oleh Shafiq selama 2 tahun? Apa yang telah dilakukan oleh Rafiq sehingga menyebabkan Ziqri berdendam?

Reviews

Write your review

Recommended