Rindu Yang Terpendam by MIA AZWARI
Synopsis
Ayie dan Dhiya, mereka dipertemukan dalam keadaan yang memalukan. Namun tanpa mereka sedar, sejak detik itulah kisah mereka bermula.
“Tolong dengar dulu penjelasan aku sebenarnya...” – Ayie
“Jangan muncul depan Dhiya lagi.” - Dhiya
Ayie ada segala-galanya tetapi kehidupannya sangat sunyi tanpa kasih sayang daripada ibu bapanya. Kehadiran gadis lurus seperti Dhiya dalam hidupnya, membuatkan Ayie sedar tentang arah tuju kehidupannya yang sebenar.
Saat masing-masing saling mempunyai satu perasaan yang sama, Ayie tanpa sengaja telah mengkhianati kepercayaan Dhiya. Atas dasar tanggungjawab dan demi cinta, dia nekad mengikat Dhiya sebagai isteri.
“Jangan sebab semalam, Ayie nak kahwin dengan Dhiya. Dhiya tak nak...” – Dhiya
“Dhiya tetap akan jadi isteri Ayie.” - Dhiya
Kebahagiaan Dhiya bergelar isteri hanya bertahan beberapa minggu sahaja. Remuk hati Dhiya saat Ayie melafazkan talak dan pergi meninggalkannya. Bertahun Dhiya cuba membuang nama Ayie walaupun hatinya sangat merindui lelaki itu. Kemunculan Shahril membuatkan perasaan Dhiya menjadi semakin keliru.
“Ada satu sebab Ayie terpaksa tinggalkan Dhiya...” - Ayie
Shahril dan Ayie... Kedua-dua lelaki ini membuatkan Dhiya dibayangi kisah silam. Siapakah yang jujur mencintai Dhiya? Adakah rindu Dhiya akan terlerai saat dia menerima Shahril dalam hidupnya?
Reviews
Not bad cuma a lil bit slow burn romance. Rse mcm lelah nk tunggu hahahahahah
novel y sgt best..jln cerita y menarik
a remarkable storyline
Comment
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.