Penyelidikan Kualitatif Pengenalan Kepada Teori dan Metode by Othman Lebar
Synopsis
Perbincangan teori dan metode penyelidikan kualitatif dari segi sejarah perkembangannya, pendekatan metodologi utama yang sering digunakan serta asas pemikiran dan falsafah yang mendasari paradigm dan pendekatan penyelidikan. Peranan teori juga disentuh dengan panjang lebar bagi menjelaskan kedudukan teori dalam menjalankan penyelidikan kualitatif. Ciri-ciri yang dihuraikan ini dapat membezakan dengan jelas antara penyelidikan Kualitatif dan Penyelidikan Kantitatif. Susunan bahagian dan bab dalam buku ini mengambil kira kesuaiannya dalam memahami prosedur dan proses dan proses penyelidikan kualitatif serta perkaitan antara teori dan amali dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai. Penulisan ini disusun sedemikian rupa bagi membolehkan pembaca meneliti aspek pemikiran dan paradigma yang menjadi asas penyelidikan kualitatif dan bagaimana asas-asas tersebut digunakan dalam pengkonsepsian dan operasi penyelidikan kualitatif. Selain itu buku boleh dijadikan sumber rujukan berkaitan dengan pendekatan penyelidikan kualitatif yang boleh digunakan oleh penyelidik dalam mengkaji isu dan fenomena sosial, politik, ekonomi dan bidang-bidang lain yang menuntut pemahaman yang mendalam serta menyeluruh.
Reviews
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.