Bantuan Demokrasi dan Pendanaan Asing di Malaysia: Melewati Pertukaran Rejim by Muhamad Takiyuddin Ismail
(price excluding 0% GST)
Author:
Muhamad Takiyuddin Ismail
Category:
General Academics
ISBN:
978-967-488-087-3
Publisher:
University of Malaya Press
File Size:
126.84 MB
(price excluding 0% GST)
Synopsis
Polemik mengenai bantuan demokrasi ataupun dikenali umum di Malaysia sebagai pendanaan asing merupakan isu yang meluas dibahaskan semenjak 2011 sehinggalah pasca Pilihan Raya Umum Ke-14. Biarpun bukan merupakan sebuah isu yang baru, pendendangan isu ini telah menimbulkan kepanikan moral apabila beberapa organisasi masyarakat sivil dan juga parti politik didakwa terlibat dalam aktiviti subversif bagi menjatuhkan pemerintah ketika itu, Barisan Nasional dengan kaedah yang tidak demokratik. Kempen penutupan ruang yang turut berlaku di peringkat antarabangsa ini menjadikan bantuan demokrasi telah disinonimkan sebagai satu instrumen pertukaran rejim. Buku yang disiapkan menerusi kajian selama lima tahun ini hadir bagi mendalami polemik mengenai bantuan demokrasi yang disalurkan ke Malaysia. Selain daripada karya pertama yang membincangkan secara komprehensif aktiviti, aktor, pendekatan dan bentuk bantuan demokrasi yang disalurkan ke Malaysia, ia juga menjawab beberapa persoalan penting yang sentiasa dibangkitkan oleh pengkritik seperti peranan Amerika Syarikat, bentuk bantuan yang diterima oleh parti-parti politik, kebebasan masyarakat sivil, peranan Anwar Ibrahim serta impak sebenar yang dihasilkan oleh program bantuan demokrasi di Malaysia. Memandangkan isu bantuan demokrasi seringkali dibingkaikan secara simplistik dan konspiratorial, wujudnya kesenjangan yang jelas antara kefahaman masyarakat dan pengkritik dengan realiti yang mengambil tempat di peringkat pelaksanaannya. Pertukaran rejim yang berlaku dalam PRU- 14 yang lalu juga telah meletakkan konteks tersendiri mengenai batasan yang wujud dalam memperkatakan peranan aktor luar dalam mempengaruhi trajektori pendemokrasian di sebuah negara semiautoritarian seperti Malaysia.
Reviews
Be the first to review this e-book.
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.