Satu Kajian Kes Kaunseling: Aplikasi Teori Pemusatan Insan dan Teori Psikologi Individu by Nooraini Othman
(price excluding 0% GST)
Author:
Nooraini Othman
Category:
General Academics
, School Exercise
ISBN:
978-967-461-540-6
Publisher:
PENERBIT UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
File Size:
8.13 MB
(price excluding 0% GST)
Synopsis
Isu kesihatan mental kini semakin mendapat perhatian pihak berwajib dan juga masyarakat. Hal ini kerana kesihatan mental mempunyai hubungan yang rapat dengan kualiti hidup dan produktiviti seseorang. Statistik menunjukkan peningkatan dalam isu kesihatan mental di Malaysia. Sehubungan hal ini, terdapat hubung kait antara kesihatan mental dan amalan kaunseling. Tanggapan umum bahawa isu kesihatan mental perlu dirujuk terus kepada pakar psikiatri tidaklah semestinya betul. Terdapat perkara yang memadai untuk dirujuk kepada kaunselor sahaja. Namun, tidak dinafikan ada yang memerlukan pakar psikologi klinikal dan juga pakar psikiatri. Kaunselor yang terlatih akan memahami kedudukan perkara yang bukan lagi dalam skop amalannya serta perlu dirujuk kepada pakar psikiatri.
Buku Satu Kajian Kes Kaunseling: Aplikasi Teori Pemusatan Insan dan Teori Psikologi Individu adalah berasaskan pengalaman penulis sebagai kaunselor yang mengendalikan kes yang dipersembahkan dalam buku ini. Penulisan ini berperanan sebagai perkongsian pengalaman, melalui gambaran latar belakang dan isu-isu psikologi yang dihadapi oleh klien, dengan para pembaca sama ada sebagai kaunselor, pelajar kaunseling mahupun individu yang berminat dalam isu-isu kaunseling dan psikologi. Buku ini bersifat ilmiah. Oleh yang demikian, terdapat gabungan unsur teori psikologi kaunseling (teori pemusatan insan dan teori psikologi individu) dan aplikasinya terhadap kes yang dikendalikan. Teknik-teknik kaunseling yang digunakan dengan merujuk kepada teori yang tersebut diperincikan melalui kaedah verbatim sebagai ilustrasi kepada proses kaunseling ini. Selain itu, cabaran yang dihadapi dalam menangani kes ini dan pengajaran kepada ibu bapa, anak-anak dan ahli masyarakat turut dikongsikan agar kesedaran terhadap isu kesihatan mental ini dapat dipertingkatkan.
Reviews
Be the first to review this e-book.
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.