Perjalanan rumah tangga ZARA AULIA jauh berbeza dengan cerita dalam novel. Walaupun kahwin paksa, dia diulit bahagia. Namun entah di mana silapnya, dia diceraikan kerana orang ketiga.
“Kalau tak cinta kenapa mesti pura-pura mencinta? Kenapa manjakan saya? Kenapa layan saya macam permaisuri? Kenapa! Kenapa!”- Zara Aulia
Enggan dibelenggu kekecewaan, dia membawa diri.
Selepas bertahun-tahun dia kembali ke Kuala Lumpur untuk satu misi. Misi yang bakal merubah perjalanan hidupnya. Pertemuannya dengan seseorang membuatkan dia terkesima. Selepas bertahun-tahun, senyuman seorang jejaka menambat hatinya. Namun begitu, dia serik untuk menghulurkan cinta buat mana-mana lelaki.
Hati DANIEL HADEE sudah terpaut sejak kali pertama bertentang mata dengan Zara. Dia sedar sesuatu, pasti Allah menghadirkan bidadari cantik ini untuknya. Dia sanggup buat apa saja untuk menambat hati Zara.
“Awak jangan bagi hati awak kat lelaki lain. Saya nak terjun masuk dalam tu. Dan duduk dalam hati awak hingga akhir hayat saya.” – Daniel Hadee
Berkali-kali Zara menolak lamarannya. Tapi dia yakin, suatu hari nanti hati Zara bakal menjadi miliknya. Di sebalik penolakan Zara, dia tahu sekeping hati itu merindui secebis cinta seorang lelaki, namun kelukaan membuatkan Zara trauma.
“Izinkan saya membahagiakan awak. Kali ni saya berjanji hanya awak sahaja yang akan jadi permaisuri hati saya hingga akhir hayat.” – Ammar Syafiq
Pertemuan kembali AMMAR SYAFIQ dengan Zara selepas bertahun-tahun membuatkan dia yakin jodoh mereka masih ada. Dia hanya perlu memujuk Zara untuk menerimanya semula. Dia yakin cinta Zara masih utuh buatnya.
‘Setia menantimu menerima aku kembali.’ – Ammar Syafiq.
‘Sudikah awak jadi permaisuri hidup saya?’ – Daniel Hadee.
Zara tersepit antara dua cinta. Cinta lelaki yang pernah membuatkan dia bahagia dan terluka, atau cinta jejaka yang membuatkan hatinya berbunga kembali. Siapakah yang patut dia pilih untuk menjadi imamnya? Atau haruskah dia lari sekali lagi?
Reviews
Cerita penuh emosi
by anafati on April 30, 2020
Tahniah writer! berjaya buat sy rasa naik roller coster bersama linangan air mata..haha...
sedih..
by Lyn Amin on May 02, 2020
karya terbaik n penuh emosi
Cinta Zara
by NASIHAH ABDUL on June 11, 2021
Nice
Jojo
by Jowana Juhary on June 13, 2021
Mengalir air mata dari mula2 lagi. Emosi terusik di sepanjang pembacaan. Tahniah author!
Cinta Zara
by Siti Halijah binti Md Lizah on July 25, 2021
Tahniah untuk penulis, Aein Dhiyauddin. Novel2 beliau semua terbaik . Baru je baca terus meleleh air mata.. sesungguhnya Cinta seorang Zara akan jadi penguat untuk Ammar mengemudi sebuah rumah tangga.
cikeri
by SITI RAHMANI on August 24, 2021
sgt sweet..penuh emosi...bole layan
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.
Recommended
Please key in your BCARD No. at the payment page and click 'Earn Points'.
If you did not key in BCARD No., a notification email will be sent to you.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.