Mazrik's Signorina by Aiza Qriselda

Mazrik's Signorina by Aiza Qriselda from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Aiza Qriselda
Category: General Novel , Romance
ISBN: 978-967-2467-38-0
File Size: 1.57 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Kata Mazrik, dia ada lima orang adik. Kata Tia, sebab Mazrik tua lima tahun daripadanya, macam tidak beradab pula jika dia terus panggil lelaki itu dengan nama. Jadi mereka declare, MAZRIK adalah ‘abang’ dan TIA CLARISSA adalah ‘adik’. Baik Mazrik mahupun Tia, masing-masing mengetahui yang mereka telah dimiliki. Mazrik, milik tunangannya sejak tiga tahun lalu manakala Tia, setia kepada Am yang sekejap ada sekejap tiada. “Kak Suria sihat, abang?” – Tia “Am bagi birthday present apa pada adik?” – Mazrik Karakter Mazrik yang cool dan matang menyebabkan Tia selesa jadi diri sendiri tanpa perlu kontrol ayu. Di matanya, Mazrik bukan Am yang dia perlu berkelakuan sempurna. Mazrik adalah abangnya yang sentiasa menerima kekurangan dan kelebihan setiap adik-adiknya. “Kalaulah kita berjumpa lebih awal…” – Mazrik “Abang bila nak kahwin dengan Kak Suria? Jangan lupa jemput tau!” – Tia Saat ada hati yang berubah, ada jiwa yang rasa terperangkap. Satu pihak cuba meluahkan, satu pihak berkeras menafikan. Bagi Tia, Suria terlalu baik untuk dikhianati dan dilukai. Jadi apabila Mazrik meletakkan syarat, dia sedaya upaya memenuhinya, asalkan pernikahan Mazrik dan Suria diteruskan. Ditegarkan hati menerima ketentuan Ilahi, namun mengapa mesti lelaki yang bernama Mazrik Hakimuddin muncul saat jari manisnya tersarung cincin milik Amir Hamzah? “Tia.” – Mazrik “Adiklah!” – Tia “Tia.” – Mazrik “Rissa then.” – Tia “Tia.” – Mazrik “Orang lain semua panggil Rissa tahu tak?” – Tia “Abang bukan orang lain, abang adalah abang. So, kalau nak abang maafkan Tia, T-I-A, Tia. Titik kekal.” – Mazrik “Uffftttt! Abang memang gila!”- Tia Mazrik nekad. Kali ini, dia takkan mengalah. Tia Clarissa bukan lagi adiknya. Sebaliknya Tia Clarissa adalah Tia, gadis dalam hatinya.

Reviews

MS
by norhasliza binti yusoff on May 18, 2022

Best !! worth to read.

Write your review

Recommended