Aku Bukan Penggoda by Shima Awang

Aku Bukan Penggoda by Shima Awang from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Category: General Novel , Romance
ISBN: 978-967-2185-94-9
File Size: 1.51 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Dek ketamakan duniawi, satu kemalangan yang dirancang meragut beberapa nyawa tidak berdosa. Dek cemburu dan dengki sebuah kepercayaan dikhianati. Kerana dendam yang tersimpan lamanya, Puan Aminah telah merancang dengan teliti untuk merampas kembali hak anak, cucu dan insan yang tidak berdosa. “Pastikan tahun depan juga syarikat tu jatuh ke tangan kita. Tengku Yahya dan Nik Rashid harus terima balasan atas setiap perbuatan mereka!” – Puan Aminah Baizura… gadis berdikari, cantik dan sifatnya yang sangat ramah mengundang fitnah daripada pelbagai pihak. Dia punya aura tersendiri. Dituduh penggoda dan gadis yang tidak bermaruah kerana hubungan mesra di antara dia, Aizat dan Zamri. Namun, kerana tanggungjawab dan patuh dengan arahan neneknya, dihadap segala tohmahan dan sanggup mengetepikan cinta sejatinya. “Tak apa. Lagipun rugilah Uya, tak boleh kumpul pahala free.” – Baizura Aizat… demi cinta, kasih dan dendamnya, dia sanggup mengambil alih beban yang tergalas di pundak gadis kesayangannya. “Saya sangat cintakan Uya. Biar saya ambil alih tanggungjawab tu.” – Aizat Segalanya terpaksa dikorbankan demi menjayakan rancangan yang diatur Puan Aminah. Sebuah rahsia indah terpaksa disimpan daripada pengetahuan orang sekeliling. Nik Rizal… lelaki kacukan Arab yang senantiasa berhidung tinggi dan perasan bagus. Menabur fitnah terhadap Baizura kerana tidak membalas cintanya. Namun di sebalik fitnah itu, dia tidak tahu kebenaran hubungannya dengan Baizura. Apakah hubungan sebenar antara Baizura dengan Nik Rizal? Bisakah segala rancangan yang diatur Puan Aminah berjaya dilaksanakan? Berapa banyakkah pengorbanan yang terpaksa dikorbankan demi menjayakan rancangan itu? Adakah di penghujungnya pengorbanan Baizura dan Aizat berbaloi?

Reviews

AKU BUKAN PENGGODA
by hasMArul on September 27, 2022

Padat dgn konflik dan kekuatan mental serta memberi motivasi yang berguna.

Write your review

Recommended